Bagi pesakit diabetes, pemakanan adalah elemen yang sangat penting dalam pengurusan tahap gula darah.
Salah satu makanan yang sering menjadi kebimbangan adalah nasi. Ramai yang berpendapat bahawa nasi tidak sesuai untuk pesakit diabetes kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Namun, menurut pakar perubatan, nasi masih boleh dimakan, asalkan ia dimakan dengan betul dan dalam kuantiti yang terkawal.
Perkara ini diakui oleh Dr. Suri Roowi menerusi penulisannya di Facebook.
Menurutnya, pesakit diabetes yang ingin makan nasi putih haruslah memastikan nasi yang diambil mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
Sekiranya anda pesakit diabetes dan ingin makan nasi putih, ini cara-caranya.
NASI DAN DIABETES – APA YANG ANDA PERLU TAHU?
1. Nasi kukus
Foto: pexels.com
Nasi dari beras yang dikukus mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Ia lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi yang dimasak dengan kaedah biasa.
GI merujuk kepada nilai gula dalam darah.
2. Makan nasi keras
Foto: unsplash.com
Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi lembik.
3. Makan nasi sejuk
Foto pixabay.com
Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah berbanding nasi panas.
4. Makan nasi dari beras hancur
Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetis. Nasi biasa mempunyai GI (83).
5. Nasi dengan kacang bendi
Foto: unsplash.com
Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
6. Nasi goreng
Foto: pixabay.com
Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetis, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah.
7. Elak makan bubur
Foto: dashu83 – www.freepik.com
Bubur lebih tinggi GI berbanding nasi.
Dapatkan nasihat Dr anda. Makan ikut kadarnya.
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video seperti di bawah!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.