DIY Pintu Kabinet Dapur Pakai Board Plastik & Railing Langsing. Jimat & Hasilnya Kemas

Kabinet dapur adalah komponen penting dalam rekabentuk dapur yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan untuk perkakas, pinggan mangkuk, barang makanan dan bahan dapur, serta perkakas memasak lain.

Kabinet dapur juga membantu dalam menjaga dapur tetap kemas dan teratur. Tapi bila dapur dah ada table top tapi bahagian bawahnya tiada pintu. Mungkin menyebabkan dapur nampak tak kemas.

Solusinya boleh DIY pintu kabinet dengan cara paling mudah. Hanya menggunakan empat barang saja. Pintu kabinet cuma menggunakan Impra board yang boleh dibeli di kedai buku.

Idea ini dikongsi oleh Dayana Syafiqah. Menurut beliau, kos untuk memasang pintu kabinet table top ukuran 6×8 kaki ini tak sampai pun RM300.

DIY pintu kabinet mudah

Sharing project DIY pintu kabinet dapur menggunakan 4 barang je. Idea ini dari Youtube Homemade DIY. Total kos untuk projek ini tak sampai RM300 untuk saiz dapur 6ft + 8ft.

Bahan yang digunakan

1. Railing Langsir, sekaki dalam RM1.20
2. Impra Board, beli di kedai buku pun boleh, nak murah beli di Shopee.
3. Gam Maxbond
4. Gergaji besi untuk potong railing langsir

  1. Potong impra board dan railing ikut ukuran yang sesuai.

2. Lekatkan railing atas dan bawah table top menggunakan gam.

3. Bila gam railing dah kering, masukkan impra board ikut railing.

4. Lekatkan juga railing di bahagian tepi impra board untuk mengukuhkannya.

5. Pasang stoper di hujung railing untuk keselamatan. Siap! Nak lekatkan pemegang pun boleh.

Siap! Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Buat Sendiri Penyangkut Tudung Guna Barang Bajet, Kemas Dan Lebih Jimat Ruang
Baca Lagi Di Sini:3 Cara Mudah Untuk Tanggalkan Kesan Solekan dan Peluh Pada Tudung
Artikel Menarik:10 Cara Terbaik “organize” Tudung Anda Dalam Bilik, Yang Penting Guna Barang Murah dan Mudah

Sumber: Dayana Syafiqah

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply