Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang memberi sokongan dan doa kepadanya dan juga puteri sulungnya, Fatima.
Menerusi sebuah kenyataan di Instagram, Fazura menzahirkan penghargaan dengan semua kata-kata semangat dan tanda kasih yang diterimanya selama ini.
BACA: “Masih Sayang…”Fattah Amin Ingin Selamatkan Rumah Tangga, Lafaz Talak Tidak Berlaku Hari Ini
“Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon popular Pisau Cukur itu turut menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat pada 13 September lalu diambil setelah pertimbangan mendalam tentang masa depan mereka.
“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua. Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz,” ujarnya lagi.
BACA: Kes Cerai: Fazura Tidak Pernah Keluarkan Kenyataan Fattah Amin Berlaku Curang – Peguam – REMAJA
Selain, Fazura nekad untuk meneruskan keputusan tersebut demi maruah sebagai wanita dan kesejahteraan anaknya.
Justeru, dia juga memohon doa agar proses yang akan datang berjalan lancar dan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong mereka.
“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz. Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar.
“Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” coretnya panjang.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan kata-kata semangat dan doakan yang terbaik buat usahawan tersebut.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
SUMBER: IG Nur Fazura
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.