Rezeki Berganda, Nur Izzuddin Menang Terbuka China Lebih RM600 Ribu, Timang Anak Sulung & Rai 1st Anniversary!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. September 2024 pastinya menjadi detik terindah dan bahagia buat pemain beregu badminton lelaki negara iaitu Nur Izzuddin Rumsani dengan perkhabaran gembira dan rezeki melimpah ruah.

Mana tidaknya selain menyambut ulang tahun perkahwinan pertama di samping isteri tercinta, Mawar Mutiara Abdul Razak pada 22 September lalu, tarikh tersebut juga melakar sejarah tersendiri buat jaguh badminton ini apabila dia dan pasangan regu iaitu Goh Sze Fei menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka China!

Kemenangan itu menyaksikan Izzuddin – Sze Fei menamatkan kemarau 35 tahun Malaysia untuk muncul juara beregu lelaki di Terbuka China selepas kali terakhir dimenangi adik-beradik, Datuk Seri Jalani Sidek – Datuk Razif pada edisi 1989.

Izzuddin – Sze Fei juga beregu pertama Malaysia merangkul gelaran dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000. Sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai USD 148,000 atau RM622,361.

Atlet berusia 26 tahun ini terus dibaluti dengan satu lagi berita gembira apabila menimang cahaya mata sulung! Menerusi perkongsian di media sosial, Mawar kelihatan pasangan romantis ini tersenyum bahagia sambil Izzudin kemas mendukung bayi mereka. Alhamdulillah.

Kongsi Mawar, “One year entwined in love’s embrace, now blessed with a new life’s grace. Happy first anniversary, my love.”

Biarpun bergelar public figure namun Izzuddin dan isteri tersayang bijak ‘menyimpan’ kemas privasi diri. Tahu-tahu je, isteri dah selamat bersalin.

Nur Izzuddin Rumsani sah bergelar suami kepada wanita cantik berkenaan ketika karier sukannya berada di puncak dan berusia 25 tahun.

Artikel https://www.nona.my/rangkul-naib-juara-asia-beregu-badminton-nur-izzuddin-rumsani-bergelar-suami-usia-25/

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Mutiara (@mawarmutiara)

Difahamkan pasangan ini merupakan rakan sekelas sewaktu sekolah tadika. Itulah yang dikatakan kalau sudah namanya jodoh!

Semoga rumah tangga Izzuddin dan Mawar diberkati serta berkekalan sampai syurga.


Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply