Fazura Tidak Pernah Keluarkan Kenyataan Fattah Amin Berlaku Curang – Peguam

Peguam yang mewakili pelakon, Nur Fazura Sharifuddin bagi sebutan kes permohonan cerai ke atas suami, Fattah Amin menegaskan bahawa Fazura tidak sesekali pernah mengesahkan dakwaan dirinya dicurangi seperti yang tular di media sosial.

Ketika ditemui para pemberita di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi ini, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan agar masyarakat tidak terus membuat spekulasi terhadap punca permohonan penceraian.

“Fazura tidak pernah mengeluarkan kenyataan (berhubung dakwaan dicurangi oleh Fattah Amin).

“(Kenyataan) yang timbul adalah daripada individu-individu yang mengeluarkan kenyataan melalui media sosial berkaitan perkara-perkara yang sebenarnya kita pun tidak pernah cakap.

“Kalau tengok dalam permohonan penceraian pun, kita tidak sebut langsung isu-isu berkaitan kejadian curang dan sebagainya,” ulasnya.

Justeru, beliau memberi amaran bahawa tindakan keras akan diambil terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap kes ini.

Setakat ini, sudah 4-5 pihak sudah dikenal pasti pernah membuat kenyataan fitnah terhadap diri Fazura dan rumah tangga mereka.

BACA: Fazura Disahkan Fail Cerai Daripada Fattah Pagi Jumaat, 13 September – REMAJA

Mengimbas kembali sejurus Fazura memfailkan penceraian pada 13 September lalu, timbul dakwaan daripada pengawal peribadi aktres itu kononnya wujud ‘penyondol’ yang menjadi punca keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura.

Individu yang dikenali sebagai Shahaszrin itu mendakwa seorang wanita yang pernah menjadi penata gaya tudung kepada Fazura cuba merapati Fattah dan mengakibatkan konflik antara pasangan selebriti berkenaan.

Lantas, spekulasi Fattah berlaku curang hangat diperkatakan warganet menerusi platform media sosial.

BACA: “Masih Sayang…”Fattah Amin Ingin Selamatkan Rumah Tangga, Lafaz Talak Tidak Berlaku Hari Ini – REMAJA

Mahkamah menangguhkan kes permohonan penceraian ke 7 Oktober 2024 untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan memutuskan jalan penyelesaian terbaik termasuklah keputusan sama ada bagi meneruskan penceraian ataupun tidak.

Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply