Kelihatan amat usang, kotor dan berbau busuk hingga meloyakan tekak penghuninya. Itulah situasi ‘normal’ kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Namun, berbeza dengan video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok @hanakamie, jelas terlihat perubahan besar pada kawasan kediaman tersebut sebelum dan selepas ia dihias.
PPR
Dinding-dinding yang dahulunya kusam dan hitam kini dihiasi dengan tanaman hijau, cermin, hiasan dinding dan ayat-ayat suci Al-Quran.
Setiap sudut PPR ini dijaga rapi oleh penduduk sendiri yang bersatu tenaga mengecat dan menghias semula persekitaran mereka.
PPR
Malah, lantai yang dahulunya hanya bersimen kini ditukar kepada mozek yang lebih kemas dan menarik.
Siapa sangka, dengan kesepakatan dan usaha sama, kejiranan itu mampu mencipta suasana yang begitu selesa dan indah.
PPR
Lebih-lebih lagi, ini semua adalah hasil daripada usaha sepenuhnya oleh komuniti di situ.
“Untuk makluman ini adalah inisiatif Pertandingan (Kita – untuk – kita Kebersihan dan Keceriaan PPR Lembah Subang 1),” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ia dipenuhi dengan pujian dan rasa kagum daripada warga maya terhadap inisiatif ini.
PPR
Rata-rata mereka memuji semangat kesepakatan yang ditunjukkan oleh penduduk PPR itu.
IMPIANA : Bagusnya kejiranan di PPR ni, biar tinggal di PPR, tapi mentaliti macam duduk di kondo mewah!
Mesti Baca: Bertahun Menyewa, Usahakan Beli RUMAH SENDIRI Walaupun KECIL Ini Sebabnya!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Sumber: TikTok @hanakamie
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.