Pelakon meningkat naik, Lorenzo Irmann memaklumkan dirinya turut tidak terlepas daripada menerima godaan ‘nakal’ di media sosial selepas namanya semakin dikenali menerusi industri seni tanah air.
Berkata kepada Remaja, aktor yang baru berusia 20 tahun itu bagaimanapun mengambil langkah dengan mengabaikan mesej keterlaluan yang diterimanya melalui DM (direct massage).
ARTIKEL BERKAITAN : Siti Saleha Tercalon Di Anugerah Drama Antarabangsa Korea 2024!
“Kalau buka DM di media sosial ada sahaja mesej sebegitu. Tetapi saya tak layan. Kalau bukan tawaran kerja atau berkaitan kerja saya abaikan terus. Orang yang hidup senang cara begitu mustahil boleh dapat duit dengan hanya membalas mesej.
“Mestilah akan keluar bersama atau buat sesuatu dan duit itu tidak halal. Apa yang penting bagi saya adalah maruah. Saya cari duit untuk beri makan pada keluarga. Saya berlakon mencari rezeki yang halal,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama The Secret itu juga mendedahkan dia pernah menerima foto serta video jelik yang disifatkan melampau daripada individu yang tidak dikenalinya.
Lebih mengejutkan lagi, individu yang berani menghantar klip tidak senonoh sebegitu rata-ratanya adalah golongan lelaki.
“Memang terkejut apabila buka mesej melihat gambar dan video yang keterlaluan. Pelik juga bila terima mesej macam itu.
“Saya boleh kata 70 peratus yang mesej saya adalah lelaki. Saya memang elakkan membalas komen sebegitu,” tuturnya lagi.
Bercakap tentang kerjaya lakonan, Lorenzo meluahkan rasa syukur apabila bakatnya semakin menyerlah dan mula mendapat perhatian penerbit serta pengarah drama tempatan.
Terbaharu, Lorenzo membintangi drama terbaharu di Astro Ria berjudul Ternyata Sebuah Bahagia terbitan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.