“Masih Sayang…”Fattah Amin Ingin Selamatkan Rumah Tangga, Lafaz Talak Tidak Berlaku Hari Ini

Sebutan kes permohanan cerai oleh pelakon, Nur Fazura Sharifuddin ke atas suaminya, Fattah Amin telahpun berlangsung pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dekat Shah Alam.

Sewaktu ditemui pemberita selepas sebutan berakhir, Fattah, 34 kekal tenang biarpun digasak dengan pelbagai pertanyaan.

“Alhamdulillah. Dipermudahkan urusan hari ini. Saya mohon darioada semua untuk doakan yang terbaik untuk kami,” katanya.

Fattah Amin dan Nur Fazura.

BACA: Fazura Disahkan Fail Cerai Daripada Fattah Pagi Jumaat, 13 September – REMAJA

Tambah pelakon filem Mat Kilau itu, dia bersedia untuk mengekalkan rumah tangganya dan belum bersetuju untuk bercerai secara baik. Bagaimanapun, Fattah tetap menghormati prosedur mahkamah yang sedang berlangsung.

Baginya, sebarang keputusan yang akan dibuat, terma-terma yang ingin dipersetujui serta kenyataan yang akan dikeluarkan perlu mengikut cara yang betul.

“Saya masih lagi berpegang kepada kenyataan saya yang sebelum ini. Masih sayangkan (Fazura dan rumah tangganya),” ulasnya.

Fattah sebelum ini berkata, dia hanya mengetahui tentang keinginan isterinya untuk memfailkan penceraian melalui media sosial pada Jumaat, 13 September lalu.

Apabila ditanya sekiranya Fattah telah melafazkan penceraian di dalam mahkamah pagi ini, Fattah menafikannya dan berkata, “Tidak terjadi, tidak terjadi.”

BACA: Kes Cerai: Fazura Tidak Pernah Keluarkan Kenyataan Fattah Amin Berlaku Curang – Peguam – REMAJA

Mahkamah menangguhkan kes permohonan penceraian ke 7 Oktober 2024 untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan memutuskan jalan penyelesaian terbaik termasuklah keputusan sama ada bagi meneruskan penceraian ataupun tidak.

Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply