Jika mahu bercuti ke Johor, apa kata pertimbangkan untuk berkhemah di tepi pantai yang cantik di Eco Bay Beach Resort.
Kalau nak merasa pengalaman berkhemah di resort tersebut, anda boleh ke Tanjung Sedili, Johor.
Eco Bay Beach Resort
Kawasan agak privasi dengan pemandangan laut yang memang sesuai untuk tapak khemah dengan kemudahan parking, tandas yang cantik, air bersih dan tong sampah.
Jangan risau bab makanan kerana terdapat kedai mini yang menjual makanan ringan dan ais, selain kemudahan pondok atau gazebo serta point plug.
Apa yang menarik kat sini:
1. Parking dekat
2. Toilet bersih dan cantik macam hotel.
3. Air SAJ boleh guna untuk masak.
4. Sampah ada pekerja kutip 3x sehari, janji buang dalam tong yang disediakan. Kawasan persekitaran pun bersih.
5. Staff reception yang mesra.
6. Ada mini mart yang jual makanan ringan dan ais.
7. Untuk camping, harga ikut per pax per night. Adult RM30/night, Teenager (12-18yr) RM20/night, Kids (3-11yr) RM10/night, Kids Below 3yr FOC.
8. Ada pondok/gazebo yang boleh disewa RM50/malam.
9. Boleh add on plug point RM20/night (limited point available) tapi kena standby own extension wire at least 30m++.
10. Upon check in ada deposit RM50, refundable upon checkout (reasonable)
11. Kawasan redup berpokok, boleh pasang hammock, angin sepoi-sepoi bahasa.
Caj: Bermula RM10 hingga RM50 (deposit RM50)
Kemudahan: Tapak khemah, tandas, parking, gazebo, point plug dan kedai mini.
Lokasi:
Alamat: Lot 1532, Jalan Teluk Mahkota, Jalan Kampung Sedeli Kecil – Tanjung Sedili, Kampung Tuanseh, Tanjung Sedili, Johor
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.