Cara Mentua dan Menantu Uruskan Rumah Tangga Tak Sama, Janganlah Bandingkan!

Selalu kita dengar gosip cara mentua dan menantu bila bertembung dalam rumah, pasti ada perbezaan dan tak kena.

Biasanya yang hadapi masalah ini, bila suami mula bandingkan. Ini yang akan jadi masalah.

Cara Mentua dan Menantu Uruskan Rumah Tangga

Situasi ini boleh menimbulkan ketegangan dan perasaan tidak selesa di kalangan menantu. Generasi menantu kita tidak sama dengan generasi kita. Mereka mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap kehidupan, termasuk cara mereka mendidik anak, menguruskan kewangan, atau menyelesaikan masalah rumah tangga.

Kalau mampu menerima perbezaan, ini boleh menjadikan hubungan lebih positif dan saling menghormati.

Jadi ini salah mentua, menantu salah suami yang tak pandai lagakan hati kedua-dua belah pihak?

Ini yang cuba disampaikan saudara Firdaus Shakirin, bila jadi mentua sepatutnya mak-mak kena masuk diri dalam dunia menantu.

Belajar Melepaskan Anak

Anak kita akan berkahwin dan kita akan dapat menantu. Nak tak nak, kita tetap kena terima hakikat yg anak kita akan memulakan satu kehidupan baru.

Kehidupan bersama pasangannya dan anak-anaknya. Sebagai seorang mertua, apa yang perlu kita lakukan?

Jangan masuk campur dengan urusan rumahtangga anak sekiranya mereka tiada apa-apa masalah. Biarkan mereka menempuhi asam garam kehidupan berumah tangga, biar mereka belajar apa akibat daripada setiap keputusan yang mereka buat. Biar mereka tentukan hala tuju rumah tangga mereka.

Jangan cuba memperbandingkan cara kita dengan cara menantu kita. Dari saat dia mengandung, berpantang sehinggalah menjaga anak-anaknya. Jangan keluar kata-kata:

“Dulu mak mengandung tak manja macam kau pun. Dulu mak hari ketiga berpantang sudah boleh mengemas rumah. Dulu mak bagi anak-anak mak makan itu, makan ini, dia tak kembung perut pun, dia tak sakit pun.”

Cerita Dulu Tak Akan Sama Dengan Sekarang

Jangan… dulu is dulu… sekarang is sekarang.

Tahap kekuatan, kemampuan, ketahanan orang dulu dan orang sekarang berbeza. Cara hidup beza, apa yang dimakan beza, masa bekerja, masa tidur juga berbeza.

Menantu kita mungkin tak sekuat kita, menantu kita, mungkin tak setahan kita. Menantu kita mungkin lemah. Tapi jangan kita membanding-bandingkan apa yang dialaminya, dibuatnya dengan apa yang dialami kita dan dibuat kita.

Jangan iri hati, dengki sekiranya anak menghabiskan masa untuk keluarganya. Jangan menyuruh anak memilih antara diri kita atau pun isterinya. Walaupun dia perlu bertanggung jawab terhadap kita sebagai orang tuanya, tapi dia juga ada keluarga, ada isteri, ada anak-anak untuk dijaga.

Jikalau tiada apa-apa, biarkan dia dengan keluarganya. Jangan menyindirnya yang dia sudah lupakan kita. Jangan perli anak kita dengan harapan anak kita akan lebih mengutamakan kita daripada isterinya dan anak-anaknya.

Anak Akan Ada Kehidupan Sendiri

Jangan buat dia serba salah…

Berlapang dada untuk terima bahawa satu hari nanti, anak-anak kita ada kehidupan lain yang perlu dilaluinya dan menuntutnya untuk membahagikan waktu antara kita dan keluarganya. Itu adalah salah satu daripada perjalanan kehidupan kita dan kita pun pernah melaluinya dulu.

Hubungan antara mak mentua dan menantu adalah hubungan yang perlu dipupuk dengan kasih sayang, hormat, dan tolak ansur. Jangan bandingkan cara kita dengan menantu kerana setiap orang mempunyai cara yang unik dalam menguruskan kehidupan mereka. Dengan berikan ruang, kepercayaan, dan sokongan, hubungan ini boleh berkembang menjadi hubungan yang mesra dan penuh dengan kebaikan.

Sebagai mak mentua, anda tak boleh mengawal tetapi untuk menyokong dan memberikan dorongan kepada generasi baru itu lebih bagus dan membantu wujudkan rasa harmoni dalam rumah tangga anak-anak.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply