KLUANG – Sarjan Mohd Khairul Ibrahim, 38, menjadi pengundi terakhir bagi proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Dewan Pengaman Zamrud, Taman Perumahan Polis, di sini pada Selasa.
Mohd Khairul yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya setelah dipindahkan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sembilan bulan lalu berkata, perasaannya bercampur baur sepanjang perjalanan kerana bimbang tidak sempat tiba untuk mengundi.
Bagaimanapun katanya, dia gembira kerana masih sempat menunaikan tanggungjawabnya itu.
“Saya bertolak dari Putrajaya sekitar jam 2.30 petang tadi kerana mahu menunaikan tanggungjawab ini.
“Alhamdulillah walaupun terlewat, saya masih sempat melakukannya (mengundi),” katanya.
Ketibaan Mohd Khairul ke pusat mengundi itu pada jam 4.53 petang dengan ditemani tiga anaknya disambut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.