Reaksi DEWI SANDRA Ketika Ditanya Soal Zuriat, Jawapan Bijaknya Raih Pujian

Selebriti terkenal Indonesia, Dewi Sandra sudah berkahwin hampir 13 tahun dengan Agus Rahman namun masih belum dikurniakan zuriat.

Kredit Foto: dewisandra

Dewi Sandra pernah menerima pertanyaan tentang zuriat ketika siaran video mengenai Intense Investigation yang kemudiannya disiarkan semula oleh akaun Instagram.

Memberi reaksi kepada pertanyaan itu, Dewi Sandra menegaskan mempunyai zuriat bukanlah sesuatu yang mudah.

Kredit Foto: dewisandra

Namun menurutnya, usaha ke arah itu tidak akan pernah berhenti dan akan terus dilakukan sama ada melalui proses semula jadi mahupun program kehamilan.

“Mendapatkan zuriat tidak semudah yang kita sangkakan,” kata Dewi Sandra.

Anak Adalah Amanah
Menurut Dewi Sandra, anak adalah amanah yang besar. Justeru, ibu bapa juga akan bertanggungjawab terhadap segala-galanya mengenai anak selepas dia dilahirkan termasuklah soal pendidikan dan sebagainya.

Kredit Foto: dewisandra

“Anak itu amanah yang sangat besar. Mungkin Allah tahu saya tak boleh jaga anak, saya akan dipersalahkan oleh anak ini kalau saya tak dapat didik dia, jaga dia.”

Tidak Tahu Lebih Baik
Sebagai seorang manusia, Dewi Sandra berkata dia tidak tahu lebih berbanding Allah SWT. Oleh itu, dia menyerahkan sepenuhnya kepada kehendak Yang Maha Esa.

Kredit Foto: dewisandra

“Ini adalah pilihan. Tuhan lebih mengenali saya berbanding diri saya sendiri,” katanya.

Tambah Dewi Sandra lagi, sebagai manusia kita perlu kenal diri dan sentiasa bersyukur.

Kata-kata Dewi Sandra turut menarik perhatian warga maya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dewi Sandra (@dewisandra)

Rata-rata mereka memuji jawapan yang diberikannya itu di samping memberi sokongan buat Dewi Sandra.

“Jawapan bijak dik… semua wanita sempurna dalam versi mereka sendiri.”

Hijabista mendoakan semoga Dewi Sandra juga suami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah suatu hari nanti.

BACA JUGA: Kacukan Inggeris-Betawi DEWI SANDRA Kini Sukses Sebagai Usahawan Jenama Fesyen Muslimah

 

 

Comments

Leave a Reply