Atikah Suhaime Umum Hamil Empat Bulan, Comelnya Baby Bump!

Tahniah diucapkan buat pelakon Atikah Suhaime yang kini mengumumkan hamil anak pertama.

Menerusi perkongsiannya di Instagramnya, Atikah memuat naik gambarnya dengan menampakkan baby bump yang semakin ketara.

Menerusi perkongsiannya menerusi Kosmo Online, bakal ibu ini memilih untuk menyembunyikan mengenai berita kehamilannya itu yang kini sudah mencecah empat bulan kerana bimbang akan dikecam.

“Pada saya waktu itu terlalu awal untuk membuat pendedahan dan pelbagai perkara boleh berlaku. Saya juga bimbang jika kongsikan berita terlalu awal, nanti netizen akan mengecam atau mendoakan yang tidak baik.

“Sejujurnya saya agak trauma apabila ada yang mendoakan tidak baik kepada ketika melangsungkan perkahwinan dahulu dengan mengatakan perkahwinan kami tidak bertahan lama.

“Tetapi saya sangat berterima kasih dan bersyukur kerana pengikut di media sosial semuanya mendoakan yang baik-baik buat saya dan tiada komen benci saya terima,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan bayi, Atikah berkata dia tidak merancang untuk membeli barangan di luar negara untuk menyambut kelahiran anak pertamanya, sebaliknya mahu fokus pada keperluan asas bayi termasuk dirinya selepas melahirkan.

“Bagi saya, tidak perlu untuk berbelanja besar atau beli terlalu banyak barang untuk bayi kerana bayi ini cepat membesar. Tetapi, saya yakin suami saya mungkin akan mewahkan anak, tetapi bagi saya persiapan itu tidak perlu terlalu berlebihan.

“Paling penting ialah keperluan asas bayi dan saya nanti untuk menjaganya. Untuk saya, mendapatkan pengasuh yang boleh membantu saya menjaga bayi nanti lebih penting kerana saya tidak mahu membebankan kedua orang tua dan keluarga mentua,” katanya.

Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!

MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil

Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

SUMBER: Kosmo


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply