Bagi yang menggemari hidangan berasaskan kelapa parut, kuih beko kelapa pandan ini antara yang boleh dicuba. Kuih tradisi dari Kelantan ini bukan saja enak, cara membuatnya juga mudah. Boleh guna acuan kuih cara saja.
Cara buat kuih beko kelapa pandan
Bahan-bahan
4 cawan kelapa pandan parut
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula
1 sdt garam
2 biji telur
1/4 cawan air
Sedikit pewarna hijau dan kuning
Perisa pandan kelapa
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Gaulkan hingga sebati.
2. Panaskan acuan atas api dapur. Guna api kecil, sapukan minyak pada acuan.
3. Sendukkan adunan dan letak pada acuan.
4. Tutup acuba guna penutup periuk dan biarkan 7-8 minit. Balikkan kuih ke bawah supaya bahagian atas kuih masak rata.
INFO: Adunan ini boleh menghasilkan 36-40 biji kuih beko pandan.
Kredit resipi dan foto: Stcaldina Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.