Aktres jelita, Siti Saleha, telah tercalon menerusi Bintang Asia Terbaik di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang bakal berlangsung Rabu ini di Seoul, Korea Selatan.
Menerusi laporan media tempatan, pelakon berusia 34 tahun yang tercalon menerusi naskhah siri asal tonton berjudul SeOfis itu memaklumkan, nama mendapat pencalonan pun sudah umpama kemenangan buat dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN : Siti Saleha Lebih Berhati-Hati ‘Update’ Aktiviti Di Media Sosial
“Pengurus beritahu TV3 dan tonton calonkan nama saya untuk anugerah ini beberapa bulan lalu. Selain saya, ada juga beberapa nama pelakon lain yang turut dicalonkan.
“Masa mula-mula diberitahu, saya susah juga nak percaya. Tapi selepas membuat kaji selidik, barulah saya tahu yang anugerah ini sudah lama wujud.
“Sangat menakjubkan bila nama saya tercalon dalam acara anugerah bertaraf antarabangsa seperti ini. Pemenang berdasarkan undian global peminat menerusi aplikasi Idol Champ,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Muat Naik Gambar Bersama Seorang Jejaka, Inikah Kekasih Siti Saleha?
Menerusi kategori yang sama, barisan pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura turut dicalonkan.
Kata pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu, dia sentiasa menghargai pencapaian di peringkat luar negara dan menyifatkan peluang sebegitu membuka jalan buatnya terus melebarkan nama pada peringkat antarabangsa.
“Saya melihat pencalonan ini sebagai satu peluang yang besar untuk saya kembangkan lagi bakat lakonan. Walaupun sekadar finalis itu sudah memadai.
“Saya tidak sabar berjumpa dengan semua yang hadir dan beramah mesra serta bergambar kenangan dengan calon dari negara serantau lain,” ujarnya lagi.
Selain SeOfis, filem Doh lakonan bekas Hero Remaja, Syafiq Kyle juga antara drama yang dihantar untuk pencalonan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Siti Saleha & Kosmo!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.