Betik & Nenas Antara Sumber Terbaik Untuk Atasi Masalah Gout!

Gout adalah sejenis arthritis atau keradangan yang menyebabkan serangan yang amat sakit secara mengejut, kemerahan, rasa sakit disebabkan sentuhan dan pembengkakan di sendi.

Ibu jari kaki merupakan sendi yang paling kerap terlibat tetapi gout juga boleh menjejaskan sendi lain di kaki (lutut, pergelangan kaki, kaki). Kawasan di lengan (tangan, pergelangan tangan dan siku) bagaimanapun kurang kerap terlibat manakala tulang belakang jarang terjejas.

Gout Gout

Bagi yang mempunyai masalah gout, pasti tahu betapa sakitnya kalau masalah gout ini datang menyerang. Serba-serbi jadi tidak kena, sampaikan ada yang demam-demam.

Sebagaimana yang dikongsikan Dr Suri Roowi, selain nenas, buah betik juga merupakan antara sumber yang baik untuk mengatasi masalah gout.

Jadi bagi yang ada gout, rajin-rajinlah mengambil buah nenas dan betik sebagai amalan pemakanan harian anda.

Tak rugi pun mengamalkannya kerana buah nenas dan betik juga kaya dengan pelbagai khasiat lain.

Menurut Portal MyHealth, diet bagi pesakit gout boleh membantu menyekat pembentukan asid urik dan meningkatkan penyingkirannya. Namun, diet ini tidak dapat menurunkan kepekatan asid urik secukupnya bagi merawat gout.

Ubat-ubatan masih diperlukan disamping diet yang betul untuk membantu mengurangkan kekerapan serangan gout dan tahap keterukan penyakit gout.

Diet yang bersesuaian, di samping kawalan kalori dan senaman berterusan adalah perlu untuk memperbaiki tahap kesihatan pesakit gout secara menyeluruh dengan membantu mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.

Sumber yang baik untuk gout

Betik dan nenas adalah antara sumber yang baik untuk masalah gout. Ianya disebabkan oleh kehadiran enzim proteolitik yg dikenali sbg papain dan bromelain. Bromelain banyak dalam empulur nenas.

Enzim papain dari betik bersifat anti radang, membantu tubuh jadi beralkali dan menghalang peningkatan asid urik. Enzim-enzim ini juga membantu penghadaman protein.

Sumber-sumber alami lain yang boleh digunakan adalah misai kucing, ceri, saderi, buah belinjau dan kunyit (curcumin).

Perlu juga kurangkan makanan tinggi purine cth hati, `seafood’ cth kupang, ketam, sardin etc…

Dapatkan nasihat Dr…

Namun, harus diingat ya, apa pun anda perlulah makan dengan berpada-pada dan jangan berlebihan.

Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video seperti di bawah!

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply