Suami Lebih Bahagia Bila Isteri Garang, Fakta Ini Ada Relevennya

Seorang suami dikatakan akan lebih bahagia jika isterinya yang garang. Dikatakan bahawa lelaki lebih bahagia jika berkahwin dengan  wanita yang garang. Bila dapat wanita garang, ada kawan-kawan kata si dia jenis queen control. Kononnya tak bestlah kalau si dia garang, tetapi tahukah anda sebenarnya lelaki ini termasuk kategori bertuah?

Suami Lebih Bahagia Bila Isteri Garang

Ya, kalau ikutkan ramai lelaki takut kalau dapat pasangan/isteri garang. Mana tidaknya, semua tindak tanduk akan dipantau dan setiap percakapan perlu dijaga.

Ada LIMA sebab munasabah anda akan lebih bahagia jika seorang lelaki dapat dapat isteri garang.

LIMA SEBAB WANITA GARANG CONFIRM BUAT LELAKI LEBIH BAHAGIA 

Fakta Ini Ada Relevennya

1. Wanita Garang Akan Melindungi

Kita selidik mak anda sendiri, garang ke tak garang? Apa kesan daripada garang itu? Haruslah anda dilindungi, tak siapa berani usik! Kalau dapat wanita garang sebagai pasangan mereka jenis lebih mengambil berat dan menjaga anda.

2. Anda selamat daripada bertindak sesuatu yang bodoh

Lelaki suka buat perkara bukan-bukan dan adakalanya perkara bodoh. Jadi, kalau dapat pasangan jenis garang ia dapat mengelakkan anda terjerumus untuk buat perkara tak elok.

3. Hidup lebih berdikari

Selalunya wanita garang bukan jenis lemah dan mereka mampu lakukan banyak perkara sendiri tanpa bantuan lelaki. Bila jenis berdikari ni, buatkan hubungan lebih lancar dan tiada masalah.

4. Mereka bijak merancang

Wanita garang tahu apa yang mereka inginkan dan bijak dalam perancangan. Mereka tak suka melengahkan sesuatu perkara. Kehidupan lelaki juga akan lebih teratur.

5. Jenis tak suka menyusahkan

Jika anda keluar makan bersama dan teman wanita/isteri anda mahu membayarnya, sila biarkan. Walaupun anda mampu berikan wang beribu ringgt, wanita jenis ini ada prinsip mereka sendiri yang tidak suka menyusahkan sesiapa.

Jadi kenapa nak rasa menyesal dapat pasangan garang. Untunglah anda dapat orang yang jenis ambil berat dan melindungi. Alhamdulillah…

Artikel ini adalah olahan artikel asal dari Mingguan Wanita

Artikel berkaitan: Suami Isteri Jagalah Hati Pasangan Masing-masing, Barulah Hubungan Makin ‘Ketat’

Suami Jangan Tambahkan Penat Isteri, Peluk Selalu Supaya Hilang Penatnya!


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply