Petua Buat Sambal Belacan Sedap, Tahan Lama & Tak Berkulat

Jika tekak Melayu, tak ada Stok Sambal Belacan di rumah memang tidak sah. Rasa tak lengkap je bila makan. Selain sambal belacan, terdapat pelbagai lagi sambal homemade yang mudah dan sedap. Malah cara penyediaannya pun ringkas. Jadi, bolehlah pakat cuba. Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipi-resipinya.

Oh ya…Pasti ramai yang ragu-ragu untuk buat stok sambal ini kerana bimbang tidak tahan lama. Cikgu Afy berpesan, ada petua supaya stok sambal yang dibuat tahan lama tanpa kulat atau rosak. Caranya ialah guna sudu kering dan bersih setiap kali mengambil sambal. Beliau sendiri telah amalkan petua ni sekian lama. Memang menjadi. Jadi, cubalah!

KOLEKSI RESIPI STOK SAMBAL HOMEMADE PALING SEDAP

1. SAMBAL BELACAN MENYENGAT

BAHAN A:
2 genggam cili padi merah & cili padi hijau
*2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
*1/4 bawang Holland – beli online disini
*1 biji tomato saiz kecil
*1 ulas bawang putih
*2 inci belacan – beli online disini
(bahan bertanda (*) dibakar atas pan terlebih dahulu)
BAHAN B:
3 sudu makan cuka – beli online disini
1/2 sudu teh garam – beli online disini
2 sudu makan gula – beli online disini
Secubit dua MSG
Sedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN C:
1-2 hiris limau nipis
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A ke dalam pengisar bersama bahan B. Kisar hingga lumat.
2. Tuang ke dalam bekas dan perah 1-2 hiris jus limau nipis. Sebatikan.
3. Sambal Belacan sedia untuk dinikmati.

 

2. SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK

BAHAN A:
20 batang cili merah
Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang holland
2 biji bawang merah saiz bola pingpong
4 ulas bawang putih
2 biji tomato kecil
2 genggam kecil ikan bilis – beli online disini
1 sudu kecil udang kering – beli online disini
1/2 inci belacan – beli online disini
BAHAN B:
Sedikit nise Kelantan @ gula melaka – beli online disini
Gula secukup rasa
Garam bukit secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Gorengkan bahan-bahan A untuk seketika. Cili perlu digoreng asing dengan bahan-bahan lain. Setelah siap digoreng, sejukkan seketika.
2. Masukkan semua bahan yang digoreng tadi ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untyk melumatkan bahan. Simpan juga 1 genggam bilis goreng untuk ditabur dalam sambal selepas ini.
3. Panaskan kembali minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga sedikit garing.
4. Masukkan lebihan ikan bilis goreng. Biarkan sambal dimasak dengan api perlahan.
5. Perasakan sambal dengan nise @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada cita rasa sendiri.
6. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.

IKUT TIPS PENYIMPANAN UNTUK TAHAN LAMA:
• Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama dan letakkan dalam freezer.
• Jika buat stok untuk tempoh 2-3 minggu, memadai sahaja simpan dekat chiller.
• Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan di luar peti sejuk.
• Gunakan sudu kering setiap kali mengambil sambal.

3. AIR ASAM KETAGIH
BAHAN A:
2 biji bawang merah saiz bola ping pong
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
BAHAN B:
5 biji limau kasturi
2 biji limau nipis – perah jusnya. Asingkan biji
5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
BAHAN C:
1 1/2 gelas air asam jawa. (segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
1 sudu makan garam bukit – beli online disini
1/2 sudu makan gula perang – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Belah dua bahan A kecuali belacan. Bakar dalam kuali non-stick.
2. Masukkan ke dalam pengisar bersama bahan B.
3. Tambahkan air asam jawa. Boleh kurangkan jumlahnya mengikut kepekatan sambal yang diingini.
4. Masukkan juga garam bukit dan gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

CARA HIDANGAN UNTUK KESEGARAN AIR ASAM YANG BERPANJANGAN
• Ambil beberapa sudu makan stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.
• Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
• Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi, nak makan baru letak.

4. SAMBAL JANTAN POWER

BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah
2 sudu makan gula
3/4 sudu kecil garam – kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
Cuka secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ke dalam bekas pengisar.
2. Cuka sukatannya adalah hingga paras 1/2 dari sukatan cili dalam blender. Boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka.
3. Kisar semua bahan hingga lumat. Biarkan sambal selama 1-2 hari sebelum dimakan supaya rasanya lebih sedap.

 

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Sedap Sampai Ke Tulang. Resipi Ikan Bakar Kuala Perlis Ni Patut Try

Resipi Kebab Daging 5 Minit. Sedap Macam Beli Dekat Pasar Malam

Resipi Cakoi Sedap Untuk Minum Petang. Dah Sejuk Pun Masih Lembut

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Comments

Leave a Reply