Membesarkan tiga anak yang masih kecil sememangnya memerlukan daya fokus dan kesabaran yang tinggi. Namun bagi pempengaruh yang juga isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan iaitu Dr Fie Tawfek, dia punya caranya yang tersendiri dalam mendidik anak.
Berkongsi kisah dan tip keibubapaan, Dr Fie yang turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Mama Millennial yang diserikan oleh susu kambing Karihome turut berkongsi tipnya dalam mendidik anak.
Malah ketika berkongsi perbezaan karektor ketiga-tiga anaknya, Aafiya, Aafan dan Afzan, doktor cantik manis ini turut berkongsi rahsianya supaya anak lebih fokus dan leka ketika bermain.
“Anak ketiga saya memang suka sangat menyakat orang lain. Nasib baik ada abang dan kakak yang melayan dia sepanjang hari.
“Jadinya tak adalah masalah tantrum sebab abang dan kakak memang sentiasa layan dia, kita pun tak adalah focus pada dia saja.
“Selalunya saya akan sediakan barang-barang atau apa saja permainan untuk dia dan kakak serta abangnya main bersama, jadi senang kerja saya.
“Saya pula memang suka permainan Montessori yang boleh buka dan pasang supaya anak boleh belajar. Lagi pula anak bila permainan yang agak lama, anak boleh fokus untuk siapkan,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah membesarkan ketiga-tiga anak, ujar Dr Fie lagi dia paling bertuah kerana mendapat sokongan penuh dari suami.
“Nubhan banyak membantu dalam membuat keputusan contohnya kalau memilih sekolah anak dia akan buat keputusan hasil perbincangan bersama.
“Kita sama-sama okay, sama-sama suka sekolah yang kami pilih dan dia banyak menyokong. Jadi tak ada isu di situ dan mudah bagi dia,” tambahnya.
Melalui tempoh usia berbeza ketika melahirkan tiga anaknya, akui Dr Fie dia juga seperti ibu lain yang pernah berbuat silap dalam mendidik.
“Jika boleh diundurkan masa saya mahu memperbetulkan semula percakapan saya dengan anak-anak. Biasalah kita kan mak-mak, ada saja yang kita cakap untuk memastikan anak dalam keadaan baik.
“Saya akui dulu saya bersifat agak tegas dengan anak dan kini bila anak ketika saya sendiri mengakui perbezaaannya.
“Melalui beberapa kelas parenting juga saya banyak belajar dalam mendidik anak-anak saya,” tambahnya.
Tambahnya jika diberikan masa dia mahu lebih masa bersama anak-anak supaya dapat melihat anak membesar depan mata. Satu nikmat bagi wanita bergelar ibu.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.