MotoGP Emilia Romagna – Bastianini Raih Kemenangan Kontroversi, Bagnaia Terbabas

Grand Prix Emilia Romagna

Dalam perlumbaan penuh drama di Grand Prix Emilia Romagna, Enea Bastianini berjaya meraih kemenangan kontroversi setelah memintas Jorge Martin di pusingan terakhir. 

Di sebalik aksi sengit antara kedua-dua pelumba Ducati, Francesco Bagnaia pula terpaksa akur dengan nasib malang apabila terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan beliau gagal menamatkan perlumbaan.

Perlumbaan 27 pusingan itu bermula dengan Martin yang memecut pantas dari selekoh kedua untuk meraih kedudukan pertama. Namun beliau tersasar sedikit di selekoh pertama, memberi ruang kepada Bagnaia untuk mengambil alih kedudukan pendahulu. 

Walaupun Martin cuba beberapa kali untuk kembali di hadapan Bagnaia, usaha tersebut tidak berjaya sehingga pusingan keempat apabila Martin akhirnya berjaya memotong dua kali juara dunia itu di selekoh kelapan.

Selepas Memintas,

Martin kelihatan lebih yakin dan berjaya menjarakkan diri dari Bagnaia, tetapi Bastianini pula mengambil kesempatan untuk memintas Bagnaia di selekoh kesepuluh. Ini memberi laluan kepada Bastianini untuk mencabar Martin dalam usaha mendapatkan kemenangan.

Walaupun Martin kelihatan selesa di depan untuk beberapa pusingan, tekanan daripada Bastianini semakin memuncak pada pertengahan perlumbaan. 

Pada pusingan ke-23, Martin melakukan kesilapan kecil di selekoh kelapan yang membolehkan Bastianini menutup jurang antara mereka, namun Martin masih berjaya mengekalkan kedudukan pertama.

Pusingan Terakhir,

Martin memimpin perlumbaan tetapi aksi mendebarkan berlaku di selekoh keempat apabila Bastianini melakukan tindakan agresif dengan memintas Martin secara tiba-tiba di bahagian dalam. 

Tindakan ini memaksa Martin keluar dari trek, menyebabkannya hilang masa yang berharga dan Bastianini terus mara untuk meraih kemenangan keduanya musim ini.

Martin yang kelihatan kecewa, tetap berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua, satu keputusan penting untuk mengejar gelaran juara dunia. 

Bagaimanapun, ketua pencabarnya, Bagnaia, terlibat dalam kemalangan di pusingan ke-21 ketika beliau berada di tempat ketiga. Memberi peluang kepada Marc Marquez untuk naik ke podium di tempat ketiga.

Marco Bezzecchi

Sementara itu, Marco Bezzecchi dari pasukan VR46 menamatkan perlumbaan di tempat keempat. Diikuti oleh Franco Morbidelli yang menamatkan kedudukan kelima untuk Pramac. 

Pelumba Aprilia, Maverick Vinales, yang bermula dari kedudukan belakang, berjaya memotong beberapa pelumba. Menamatkan perlumbaan di tempat keenam, diikuti oleh rakan sepasukan Aleix Espargaro di tempat kelapan.

Fabio Quartararo, pelumba Yamaha yang sedang berusaha mencari keputusan terbaik musim ini. Menduduki tempat ketujuh selepas berjaya mendahului beberapa pelumba sebelum dipintas semula oleh Morbidelli dan Vinales. 

Alex Marquez dan Miguel Oliveira melengkapkan kedudukan 10 terbaik.

Perlumbaan ini juga menyaksikan KTM pulang hampa apabila Brad Binder dan Pedro Acosta mengalami kemalangan masing-masing. Manakala Jack Miller sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-16.

Dari Motorsport.com

Baca Juga 30 Tahun Kerjasama – Repsol dan Honda MotoGP Berpisah

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply