Ezzaty Abdullah sarat hamil anak ketiga, tunggu hari nak bersalin. Pelakon Ezzaty Abdullah kini sedang sarat hamil sembilan bulan. Mengambil pendekatan untuk tidak banyak berkongsi kehamilan ketiga, suri hati Azwan Kombos ini lebih selesa untuk berkongsi kepada umum apabila kandungannya telah besar dan selepas melahirkan.
Ezzaty Abdullah Sarat Hamil Anak Ketiga, Tunggu Hari Nak Bersalin
“Sekarang ini memang menanti hari nak bersalin, In Shaa Allah selepas bersalin nanti saya akan kongsikan,” katanya.
Ezzaty juga dilihat ada memuat naik video bersama suami dan anak-anaknya. Jelas kelihatan ‘baby bump’ pelakon berwajah manis ini.
Mengakui bahawa kehamilan kali ini lebih mencabar berbanding dua kehamilan sebelum ini, kongsi Ezzaty, dia mengalami alahan yang teruk.
View this post on Instagram
Ujarnya lagi mungkin kerana kehamilan sebelum ini dia ‘enjoy’ menjalani tempoh kehamilan.
“Mungkin pada awal kehamilan saya sibuk dengan penggambaran. Hanya selepas usia memasuki empat bulan barulah saya tidak terima sebarang tawaran dan tidak berlakon lagi,”kongsi Ezzaty.
Jelas Ezzaty lagi, dia dan suaminya tidak melakukan ujian imbasan (pemeriksaan jantina) anak ketiga mereka kerana inginkan kejutan.
Untuk info, Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dengan orang cahaya mata iaitu Harum Dahlia, 7 tahun dan Ahmed, 2 tahun.
Sumber: Mstar online dan Instagram Ezzaty Abdullah
Baca artikel lain juga: Tak Percaya Hamil Benih Anak Sulung, Wanita Desak Doktor Gugur
Kami, 11 Tahun Kemudian Raysha Rizrose Umum Hamil Anak Pertama!
Confirm Ni. Bab Bawang Memang Sama Atikah Suhaime Disyaki Hamil
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.