Rupanya kita boleh DIY baiki sendiri TV yang rosak berjalur dengan hanya menggunakan pita pelekat (salotape) sahaja. Memang dapat jimat beratus ringgit, tak perlu hantar ke kedai untuk baiki.
Perkongsian daripada Eezwan Manaf ini harap dapat membantu bagi anda yang mengalami masalah tv rosak seperti ini.
Baiki Sendiri Tv Rosak, Tepek Salotape Saja
Nak dijadikan cerita smart tv saya tiba-tiba keluar jalur. Tak ada tanda-tanda pun. Tengah tengok TV tiba-tiba berjalur dan terus tak ada gambar.
Dalam hati habislah kopak duitku nak dekat raya ni. Tapi dalam masa yang sama duk survey tv baru kat Shopee.
Saya whatsapp electrician tanya dia boleh baiki tak? Katanya LCD model tv ni tak ada stok. So tak boleh buat apa-apa. Tapi tv tak ada crack, lcd cun lagi. Baru pakai 3 tahun. Alamak kena buang ke?
Saya cuba google tentang cara baiki tv rosak berjalur ni dan jumpa banyak artikel yang berkongsi satu video ni kat Youtube. Saya pun kata why not kalau try cara ni walaupun tv tu berlainan brand dan jenis.
Jadi pagi ni, saya menggunakan segala kepakaran teknikal saya. Kita londeh satu-satu.
1. Buka panel tv kat belakang. Kat situlah terletak pcb. (Board).
2. Cari salotape
3. Buka 2 cable yang ada kat pcb (board) dan try letak salotape. 2,3 kali juga try tapi still tak jadi sebab salah letak salotape.
4. Kali ke berapa try tiba-tiba dah boleh tengok tv. Maknanya salotape tu berjaya. Happy bukan kemain lagi. Jimat beratus-ratus duitku. Alhamdulillah.
5. Jadi kalau tv korang jalur-jalur macam tv ni korang baiki sendiri je. Kalau hantar kedai dia tukar LCD terus.
Lihat caranya:
1. Tengok youtube waktu ni. Mula-mula nampak sikit jalurnya pastu terus out.
2. Ni bahagian belakang tv. Saya buka semua skru dan tarik keluar. Senang je yang ni. Dia tak ada klip-klip. Boleh cabut terus lepas semua skru dah dibuka.
3. Ini lah bahagian pcb atau board dia. Cari 2 kabel macam dalam gambar yang warna putih tu. Tv lain mungkin berbeza sikit. Yang penting ada kabel macam tu.
4. Ini 2 kabel yang disambungkan kat pcb. Yang ni la kena cabut dan letak salotape kat belakang tu. Kena cuba satu-satu. Kalau yang A tak jadi, try yang B pula.
5. Salotape biasa je pakai. Berapa ringgit je ni. Ni pun pakai yang dah sedia ada. Kena potong kecik sikit.
6. Salotape kat bahagian ni saja. Belakang cable tu.
7. Akhirnya berjaya! Boleh buka servis baiki tv rosak la lepas ni.
IMPIANA: Semoga tip ini dapat membantu bagi yang mengalami masalah tv rosak berjalur ini. Sekurangnya jimatlah duit untuk hantar kedai atau beli yang baru.
Mesti Baca:Rak TV Untuk Bilik Sempit, Rumah Pangsapuri, Modal Hanya RM2000
Baca Lagi Di Sini:Mahu Tampak Lebih Eksklusif & Mewah, Ini Tip Untuk Dekorasi TV Di Ruang Tamu
Artikel Menarik:Modal Tak Sampai RM 10, Urus Dan Elak Wayar TV Berselirat
Sumber: Eezwan Manaf
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.