Terbaru, penyanyi terkenal Noh Salleh berkongsi khabar sedih apabila cahaya matanya bersama isteri tercinta, Fatin Athirah Mustapa meninggal dunia tujuh bulan lalu.
Vokalis kumpulan popular, Hujan itu menerusi Instagram mendedahkan bayi sulung mereka meninggal ketika di dalam kandungan
“Hari ini 22 September 2024 adalah genap tujuh bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan”
Kredit: Noh Salleh
“Ramai yang tidak tahu kan? Dalam struggle berjuang untuk Musa, kami juga struggle memastikan anak didalam kandungan sihat, namun Tuhan jemput dia awal,” ujarnya.
Melalui perkongsian yang sama, penyanyi berusia 39 tahun itu juga berkata bahawa beliau yakin segala ujian yang dihadapi oleh dirinya dan isteri adalah untuk mempersiapkan mereka agar menjadi kuat dan lebih baik sebagai pasangan suami isteri.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Rahsia Tuhan’ itu turut meluahkan rasa syukur ke hadrat ilahi apabila segala urusannya dipermudahkan.
Kredit: Noh Salleh
Katanya, “Walaupun perit nak hadapi segala yang aneh-aneh, tetapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang sebab we fought a great battle dan menang.”
Beliau juga menyatakan bahawa dia dan isteri beruntung kerana dikelilingi oleh keluarga, rakan, dan orang-orang baik yang tidak pernah putus untuk mendoakan, memberi kekuatan, dan menenami ke kubur semasa mereka tidak stabil dari segi mental dan emosi.
Noh juga turut mendedahkan nama anak syurga mereka, Julian dan berharap agar diizinkan Tuhan untuk berjumpa dengannya.
Tambahnya lagi, perkongsian tersebut dimuat naik sempena ulang tahun pertama dia dan isteri.
Sekadar info, Noh dan Fatin Athirah sah menjadi suami isteri pada 23 September 2023.
Sebelumnya, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan usahawan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022. Namun, perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata dan mereka memiliki seorang anak angkat lelaki diberi nama Musa.
View this post on Instagram
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kini, penyanyi indie-pop ini kembali dengan album penuh pertamanya, ‘Private Blizzard’! Tajuk album ini diambil daripada frasa “each in his own private blizzard” yang diambil dari puisi “The City Planners” oleh Margaret Atwood. Very mindful#MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia” />
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.