Rupanya penyanyi wanita, Aisha Retno diserang panic attack selepas menyempurnakan persembahan ‘terbang’ pada Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).
Aisha Retno Diserang Panic Attack
Menerusi portal hiburan, pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 23, itu keletihan membuat persiapan menghadapi malam kemuncak itu mungkin menjadi faktor yang mencetuskan situasi tidak dijangka.
“Kita tak tahu apa yang berlaku kepada tubuh badan kita. Mungkin juga saya kepenatan, jadi apabila Allah cakap sesuatu akan berlaku, perkara itu akan berlaku.
“Alhamdulillah situasi itu terkawal dan saya bersyukur segala-gala persediaan yang dibuat sebaik Sutera diumumkan layak ke AJL 38 berjalan lancar.
“Ikutkan memang sepanjang tempoh tiga bulan sejak pengumuman barisan finalis masa saya padat, tetapi saya dapat bantuan pasukan yang cekap,” katanya.
Okay Dengan Ketinggian Tapi Tak Selesa Dengan Kelajuan
Pada masa yang sama, pemenang tempat kedua AJL 38 menerusi lagu Sutera itu turut berkongsi perasaan bangga dapat sebaris dengan dua idolanya iaitu Amir Jahari dan Aina Abdul.
Aksi Aisha yang memilih konsep Puteri Jawa ilham bersama ibunya, Jean Retno Aryani memukau penonton apabila ‘terbang’ setinggi 30 kaki menggunakan kabel pada penutup persembahan.
Menurut penyanyi itu, dia tidak gemuruh berada dalam posisi ‘melayang’ kerana menyukai ketinggian, namun kurang selesa terhadap kelajuan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.