Kahwin Berbelas, Berpuluh Tahun, Nak Rumah Tangga Bertahan Mesti Banyak Sabar

Apabila sudah berkahwin selama berbelas, berpuluh tahun, kunci rumah tangga bertahan lama tentulah sabar. Memang ada benarnya berjaya mengekalkan 15-20 tahun usia perkahwinan, jika tiada sifat sabar diantara suami isteri tak mungkin dapat bertahan selama itu.

Asas perhubungan dalam perkahwinan seharusnya mempunyai sifat sabar yang tinggi. Bersikap sabar bukan sahaja pada pasangan, namun juga pada perkara-perkara yang lain. Sifat sabar itu bukan hanya pada sebelah pihak sahaja tetapi kedua-dua belah pihak.

Kahwin Berbelas, Berpuluh Tahun

Hadamkan perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini.

BILA ORANG TANYA, DAH BERAPA LAMA KAHWIN?
“15 TAHUN DAH, 20 TAHUN DAH…”

WAH, NI MESTI PANDAI JAGA HATI PASANGAN, PANDAI MASAK, PANDAI MENGEMAS RUMAH, PANDAI JAGA BADAN, PANDAI BERGAYA.SERONOK LA BOLEH KEKAL LAMA MACAM TU.

Sebenarnya, kunci kepada lamanya perhubungan itu adalah SABAR…orang akan nampak macam 20 tahun tu adalah tempoh yang seronok, yang bahagia, walhal dalam 20 tahun tu dah macam-macam yang jadi dalam rumahtangga.

Sifat Sabar Dalam Hati

Dah pernah ada rasa nak berpisah, dah pernah ada rasa nak mengalah, dah pernah ada rasa tawar hati, dah pernah ada rasa nak hidup sendiri. Kalau bukan disebabkan sifat sabar yang ada dalam hati tu, tak mungkin dan hampir mustahil untuk bertahan selama tempoh tersebut.

Sepanjang tempoh mendirikan rumahtangga, ada naik turunnya…ada ketikanya bahagia, ada ketikanya bermasam muka…bukan hari-hari kita gembira, dan bukan juga hari-hari kita berduka.

Sabar Dalam Rumahtangga

Sabar dalam rumahtangga ni tak terhad kepada sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan semata-mata. Ada orang bersabar dengan mertua, ada orang bersabar dengan ipar duai, ada orang bersabar dengan orang ketiga, ada orang bersabar dengan kesusahan keluarga, ada orang bersabar dengan ujian kesihatan, ada orang bersabar dengan rezeki Allah s.w.t dan sebagainya…

Nak Rumah Tangga Bertahan Mesti Banyak Sabar

Kalau sabar itu tiada dihati, dalam beberapa bulan sahaja hubungan tu dah tamat, dah diletakkan titik hanya kerana tak sabar.

Tak sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan, tak sabar dengan mulut mertua, tak sabar dengan karenah ipar duai, tak sabar dengan kehadiran orang ketiga, tak sabar hidup susah dan sebagainya.

Uniknya hati tu kerana hati sentiasa berpesan dan menasihati diri serta akal untuk terus menanti sesuatu yang tak pasti. Hati kalau dah sayang, akan sentiasa meletakkan harapan dalam hubungan tu agar ianya berkekalan.

Selagi hati boleh bersabar, maka selagi itulah hubungan akan berjalan walaupun ianya tidak selancar yang difikirkan…
Untuk berada dalam tempoh 15 tahun, 20 tahun perhubungan bukanlah sesuatu yang sukar, namun ianya juga tidak semudah yang disangkakan.

Hanya SABAR sebagai peneman

Nota Kaki : Ada orang, kesabaran dia hilang selepas 20 tahun…disaat kesabaran dia hilanglah dia mula untuk buat pilihan yang baru kerana dia dah cukup lama BERSABAR.

Sumber: Firdaus Shakirin

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply