DIY Periksa ‘Defect’ Rumah Baru & Alatan Yang Diperlukan, Senang Nak Tuntut Dari Pemaju!

Pastinya teruja bila kediaman yang dibeli akhirnya siap dan kita boleh pindah masuk rumah sendiri. Tapi ada juga yang tak bernasib baik bila kediaman yang diharap sempurna itu hanya seketika. Baru saja masuk kita boleh nampak kerosakan dah berlaku pada kediaman.

defect rumah defect rumah

Menurut portal Property Guru, DLP ini merupakan tempoh yang menjadi tanggungjawab pemaju untuk membaik pulih sebarang kerosakan hartanah. Tempohnya bermula dari tarikh anda terima hak milik mutlak kekosongan serta kunci hartanah, sehingga waktu-waktu tertentu.

Lebih mudah nak faham, DLP ini ibarat konsep jaminan (warranty).

Selain itu, tak semua defect anda boleh claim dari pihak pemaju. Jadi, lebih baik anda tanya dahulu pemaju rumah masing-masing tentang jenis-jenis kerosakan yang boleh dituntut secara percuma.

1. Bahagikan ruangan rumah mengikut kawasan

Pecahkan setiap ruangan rumah kepada beberapa bahagian terlebih dahulu sebelum memulakan periksa defect. Pembahagian ini lebih memudahkan kerja nanti.

Contohnya, bahagian dapur, bilik air, bilik tidur, ruang tamu dan laman.

Ingat, jangan terus rasa teruja bila dah dapat pegang kunci rumah baru. Hal ini kerana, anda WAJIB buat pemeriksaan rumah sebelum ia didiami sepenuhnya.

Lagi-lagi kalau rumah baru tersebut ada kecacatan (defect) dan setelah bertahun-tahun duduk baru anda perasan. Susah nak claim daripada pemaju kerana anda telah pun terlepas tempoh Defect Liability Period (DLP).

2. Periksa dinding

Periksa dengan teliti jika ada bahagian dinding yang retak, berlubang atau kesan air. Jangan lupa tandakan setiap kawasan defect tersebut dengan pita pelekat.

Malah, ada juga keadaan dinding rumah yang bengkok atau lekuk walaupun belum didiami lagi. Jadi, pastikan dinding rumah baru anda semuanya lurus.

3. Periksa lantai atau jubin

Gelembung lantai antara kerosakan yang boleh dianggap sinonim dengan perumahan baru. Puncanya disebabkan jubin kosong atau kurang bancuhan.

Macam mana cara nak tahu? Ambil batang pengetuk atau playar hidup dan ketuk manja-manja sahaja sekadar nak periksa bunyi rongga dan keretakan asal pada setiap lantai tersebut.

4. Periksa siling

Dongak ke atas dan perhatikan siling rumah baru anda dengan teliti. Mana tahu ada bahagian yang renggang, bocor ataupun warna tidak sekata.

Kesannya agak samar-samar dek kerana siling yang berwarna putih kapur. Cuba gunakan lampu suluh dan tangga supaya refleksinya lebih jelas kelihatan.

5. Periksa aliran elektrik pada plug

Ambil apa-apa alat elektronik dan cucuk ke dalam setiap plug di rumah tersebut untuk memastikan ada tindak balas yang sepatutnya.

Ambil video sebagai bukti dan kemudian baru catat dalam borang defect tersebut dan tandakan juga pita pelekat pada mana-mana plug yang tidak berfungsi.

Jangan lupa juga periksa lampu dan kipas sekali kalau ada. Jika tidak menyala, berkemungkinan suis renggang atau terbakar.

6. Periksa paip

Penting untuk anda periksa semua paip yang ada di dapur dan bilik air. Banyak kes yang paip longgar, bocor atau air perlahan berpunca dari tekanan air perlahan.

Bila dah tahu punca, anda sudah boleh mula menabung untuk pasang mesin pam air pula. Harga pam air boleh tahan mahal! Tapi, faedahnya berbaloi.

Boleh juga cuba periksa saluran tersumbat. Caranya, buka paip sehingga air memenuhi lantai bilik air dan biarkan beberapa jam. Kemudian, lihat sama ada masih bertakung atau tak.

ALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERIKSA ‘DEFECT’ RUMAH BARU
Sebelum menjalankan pemeriksaan rumah baru, anda memerlukan beberapa peralatan yang berguna bagi membantu misi anda berjalan lancar. Antaranya:

  • Pen penanda (marker pen) dan kertas
  • Pita pelekat (masking tape)
  • Kerusi pendek atau tangga
  • Tali pengukur (measuring tape)
  • Perjanjian jual beli dengan pelan lantai – pelan lantai boleh mengetahui kebesaran sebenar bagi setiap ruang rumah dan dengan pita pengukur dapat mengukur kerosakan dengan lebih tepat.
  • Batang pengetuk atau playar hidup
  • Kamera dan lampu suluh
  • Alat elektronik

Sumber: Property Guru

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply