Sedap & Tahan Lama, Ini Petua Buat Pes Tomyam Sedap Macam Orang Thai

Rasa Pes Tomyam Thai yang dimasak menggunakan rempah yang dibuat secara homemade memang lebih sedap jika dibandingkan dengan pes yang dibeli. Terasa sangat beza rasanya. Bagi anda yang teringin nak cuba masak pes tomyam secara homemade, resipi perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni boleh dicuba.  Tak susah pun. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI PES TOMYAM THAI HOMEMADE YANG SEDAP, MUDAH & TAHAN LAMA

BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang keringbeli online disini
10 ekor ikan bilis (pilihan – fungsinya adalah untuk dapat rasa seafood yang lebih kaw)
4 inci belacan bakar beli online disini
3 sudu makan cili kering kisar beli online disini
Air asam secukupnya
Gula perang secukupnya beli online disini
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
6. Pes Tomyam Thai ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.

Kredit resipi & foto: Norashikin Bt Hasan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ayam Masak Bawang Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah

Resipi Kek Keju Meleleh Pandan Kukus. Lembut Gebu Memang Sedap

Cara Mudah Buat Whipping Cream Secara Homemade

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply