Alif Teega, Aisyah Hijanah dijangka dituduh masing-masing 10 kes salah guna dana

Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.51 pagi Isnin difahamkan untuk menghadapi masing-masing 10 pertuduhan kes jenayah dipercayai membabitkan isu salah guna dana awam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Pempengaruh, Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.51 pagi Isnin, difahamkan untuk menghadapi masing-masing 10 pertuduhan kes jenayah, dipercayai membabitkan isu salah guna dana awam, baru-baru ini.

Kes Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, dan Aisyah Hijanah Azhari, 26, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi rumah tanga akan didengar di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.

Alif yang memakai kemeja biru gelap sementara Aisyah mengenakan jubah berwarna hitam, sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang menanti di mahkamah sejak awal pagi.

Pada Jumaat lalu, Alif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas dua pertuduhan salah guna harta bagi program infaq iftar di Mekah, Syria dan Palestin serta korban, berjumlah RM63,605.48 pada April serta Jun lalu.

Pada 11 Julai lalu, seorang pempengaruh dan isterinya ditahan reman tujuh hari, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah, bermula 2022 lalu.

Ia susulan, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma, dengan peratusan yang tinggi.

Selain itu, pasangan itu juga dikatakan hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.

Bagaimanapun, pasangan itu tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.

AKAN MENYUSUL


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply