#GirlPower: Peroleh Semua A, Julia Farhana Titip Kesyukuran Raih Anugerah Dekan! Tahniah

Pelakon dan personaliti media sosial, Julia Farhana Marin menzahirkan kesyukuran dan gembira apabila berjaya mendapat anugerah dekan untuk peperiksaan, baru-baru ini.

Menerusi sebuah hantaran di platform Instagram miliknya, Julia ini dilihat berkongsi keputusan peperiksaan bagi semester May yang diperolehnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Subjek ‘Favourite’ Julia Farhana Gagal Gara-Gara Tersilap Hantar Assignment

Menerusi keputusan tersebut, isteri kepada Dr Che Hafiz itu telah berjaya meraih semua A dalam subjek Community Service, English For Oral Communication dan juga English For Workplace Communication.

Menurut pelakon drama Gantung The Series itu, dia amat bersyukur apabila menerima keputusan tersebut.

“Alhamdullilah the kind of news I look forward to receive yay! Made it on the dean’s list! Thank you @openuniversitymalaysia,” coretnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Padam Foto ‘Freehair’ Di Instagram, Julia Farhana Kini Tampil Ayu Berhijab

Pada masa sama, Julia akui dia tidak mahu menduduki peperiksaan sewaktu sakit. Ini kerana, dia tidak mahu perkara yang terjadi sebelum ini berulang kembali.

“Taubat tak nak duduk exam time sakit, demam, tak sihat. Better differ and focus on healing then continue bila dah sihat.

“Sikit lagi nak graduate, few more semesters to go and I plan to stay on the dean’s list! Insyallah. Doakan saya,” katanya lagi.

Selain itu, Julia yang kini melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda memaklumkan, dia bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi.

Oleh sebab itu, dia mahu mengekalkan keputusan yang baik sehingga semester terakhir nanti.

Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata rakan selebriti dan peminat mengucapkan tahniah buat Julia di atas keputusan yang cemerlang itu selain suami tercintanya juga dilihat mengucapkan tahniah buat isterinya.

Terdahulu, gara-gara tersalah menghantar tugasan, Julia Farhana akui reda apabila keputusan bagi subjek statistik memperoleh keputusan gagal.

SUMBER: Instagram Julia Farhana

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Kini, penyanyi indie-pop ini kembali dengan album penuh pertamanya, ‘Private Blizzard’! Tajuk album ini diambil daripada frasa “each in his own private blizzard” yang diambil dari puisi “The City Planners” oleh Margaret Atwood. Very mindful#MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia” />


Posted

in

, , , , ,

by

Comments

Leave a Reply