Usia bukan penghalang buat bekas penyampai berita Buletin Utama, Azawate Zenol Abidin menamatkan pengajian peringkat sarjana dan membuktikan bahawa tiada kata terlambat untuk mengejar ilmu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ebby Yus Berjaya Genggam Ijazah Kehormat Doktor Persilatan. Tahniah!
Azawate Zenol Abidin
Azawate, 44, baru-baru ini juga meraih Anugerah Sarjana Cemerlang dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-100.
“Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang pada usia begini. Saya rasa amat gembira,” katanya.
Menjadi ibu dan pelajar dalam masa yang sama tentu bukan tugas yang mudah.
Dalam pada itu, Azawate sempat berkongsi tip kecemerlangan hingga meraih keputusan yang sangat baik.
Azawate Zenol Abidin
“Selalunya orang akan berkata, kita kena fokus dan study hard. Namun bagi saya, selain daripada itu kita perlu mempunyai hubungan baik dengan pensyarah dan rakan sekelas.
“Terutama rakan rapat dan rakan kumpulan yang memiliki gelombang (pemikiran) sama agar perjalanan lebih murah.
“Apabila kita mempunyai networking dan good rapport, hubungan yang baik dengan orang sekeliling,” katanya.
Azawate Zenol Abidin
Dalam sebak, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menyatakan syukur doanya didengari hingga kejayaan itu dalam genggaman.
“Tentunya saya amat syukur kerana ALLAH mendengar doa saya.
“Ribuan terima kasih kepada suami, anak-anak, ibu bapa dan adik-adik yang tidak pernah berputus asa serta sentiasa memberi sokongan walaupun saya berasa tidak mampu lagi dan berputus asa namun mereka betul-betul percaya.
“Ia amat mencabar bagi saya kerana pada akhir semester saya kehilangan orang tersayang iaitu adik.
“Tidak lupa pensyarah tersayang dan rakan-rakan. Terima kasih banyak-banyak,” luahnya.
Dalam pada itu, Azawate turut memberikan nasihat kepada para pelajar yang sedang berjuang menyudahkan pengajian untuk terus berusaha mencapai tahap tertinggi.
“Kepada yang mendaftar sebagai siswa UiTM, pastikan anda kembali (konvoksyen) dengan Anugerah Sarjana Cemerlang.
“You can do it,” tuturnya.
Warga maya tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat Azawate dan menjadikan kejayaannya sebagai inspirasi terutama bagi golongan muda dan remaja.
Untuk info, beliau terdahulu menamatkan perkhidmatan di bilik berita TV3 menerusi Skim Pemisahan Wajib atau Mandatory Separation Scheme (MSS) pada tahun 2019.
Azawate yang memulakan kerjaya di stesen televisyen itu pada tahun 2004 pernah digelar Ratu Air Mata kerana mengalirkan mata ketika berkongsi luahan hati isteri pramugara MH370.
Kredit gambar: Azawate Zenol Abidin
BACA LAGI : Demi Impian PhD Anak, Bapa Sanggup Kerja Keras Meski Usia 62 Tahun
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.