Gambar Senna
Hujung minggu lalu, berlegar-legar gambar McLaren Senna warna ‘Volcano Yellow’ di media sosial. Setelah kami kaji, pemiliknya memang biasa nampak dan dengar iaitu usahawan terkemuka, El Azman.
Yang tak pernah dengar nama beliau, mungkin pernah dengar bisnes yang diusahakan, Elrah Exclusive yang fokus menjual baju tradisional kaum melayu atau Baju Melayu dan pakaian ‘ready to wear’.
Pemerhatian Awal..
Menurut dari akaun instagram @elazman_ , Senna tiba di Malaysia pada Sabtu 2 Mac yang lalu dan seterusnya, dibawa ke DTC Motors yang terletak di Kuala Lumpur untuk sesi penyerahan yang diadakan semalam.
Fakta ringkas mengenai McLaren Senna, ia merupakan model edisi khas dimana hanya 500 unit sahaja yang dihasilkan dan kesemuanya telah habis dijual. Nama Senna diambil demi memperingati pemandu legenda Formula 1 iaitu, Ayrton Senna da Silva.
Senna merupakan pemandu dari Brazil yang sertai McLaren Racing Limited antara 1988 hingga 1993. Beliau turut memenangi tiga kejuaraan Formula One World Drivers Championship dan 35 kejuaraan pada Formula One Grand Prix.
Kemudian pada tahun 1994, beliau telah ditimpa kemalangan ketika berlumba di San Marino Grand Prix (Imola). Puncanya kerana masalah teknikal pada kereta. Senna menghentam sisi litar di selekoh pusingan ke tujuh pada kelajuan 300km/j+. Senna berumur 34 tahun.
Akibat dari itu, beliau telah terkorban dan sebagai memberi penghormatan kepada pencapaian dan semangatnya, maka lahirlah McLaren Senna, sebuah model hypercar dengan enjin 4.0 liter V8 Turbocharged, menghasilkan 789 HP dan 800 Nm.
Walaupun McLaren Senna memfokuskan pada prestasi dalam litar namun ia masih sah untuk dibawa di atas jalan (sama seperti GT3 RS).
Menurut McLaren, Senna mampu memecut dari:
0-100 km/j hanya 2.8 saat
0-200 km/j hanya 6.8 saat
0-300km/j hanya 17.5 saat
Sebelum mencapai kelajuan maksimum 340km/j. Untuk harga rasmi, memiliki McLaren Senna bermula dari RM4.73 juta ($1juta USD). Menurut netizen, pemilik Senna di Malaysia yang lain dikatakan hanyalah kaum kerabat dan ini merupakan yang pertama rakyat Malaysia miliki jentera raksasa ini.
Baca: Mercedes-AMG GT Coupe 2024. Mewah, Praktikal, Pantas
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
#rodapanas #rodapanasmy #rodapanasmalaysia #rodapanasnews #bmw #bmwmotorsport #bmwlife #bmwm3 #bmwm3competition #fyp” />
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.