Tak sedar saiz badan kembang dalam masa setahun, itulah yang bakal berlaku kepada sesiapa sahaja yang bekerja dalam keadaan stress.
Mana tidak, asal stress, keluar cari makan. Mengunyah tanpa henti dan sambung minum kopi yang manis, seolah-olah jadi tabiat. Ini yang bahaya bila anda tidak kawal!
Saiz Badan Kembang Dalam Masa Setahun
Di China, seorang wanita bernama Ouyang Wenjing mendedahkan waktu kerja yang panjang dan gaya hidup tidak teratur antara punca utama berat badannya meningkat.
Wenjing mendakwa berat badannya meningkat sebanyak 20 kilogram (kg) dalam tempoh setahun.
Dalam tempoh itu, Wenjing yang menetap di wilayah Guandong di selatan China menyedari kenaikan berat badannya yang signifikan iaitu dari 60kg ke 80kg.
Tanpa memperincikan jawatan dan tempat kerjanya, wanita berusia 24 tahun itu berkata, perkerjaannya ketika itu menjadi ‘bencana’ kepada kesihatan fizikal dan mental.
Disebabkan waktu bekerja yang tidak menentu, beliau terpaksa mengabaikan pola makanan sihat.
Order Makanan Online
Tambahnya, makanan segera menjadi pilihan utama bagi mengatasi rasa lapar ketika kesibukan bekerja dengan membuat pesanan menerusi aplikasi penghantar makanan.
Wenjing tidak begitu selesa dengan beratnya ketika itu dan memutuskan untuk kembali ke berat badan ideal dengan berhenti kerja pada Jun lalu.
Keputusan berani itu membuahkan hasil selepas Wenjing menyatakan kesihatan dan berat badannya semakin baik dari semasa ke semasa.
Pengalaman dikongsikan Wenjing mendapat sokongan netizen lain yang bersetuju bahawa obesiti disebabkan kerja berlebihan boleh menyebabkan tubuh badan mereka meningkat dengan mendadak.
Punca Berat Naik Makan Depan Skrin
Malahan kajian yang dilakukan oleh University Of Bristol pada tahun 2014 menunjukkan jika anda menjamu selera di depan komputer, ini boleh membuatkan kalori di dalam tubuh badan lebih meningkat.
Ketua kajian, Dr Jeff Brunstorm menjelaskan tumpuan yang terlalu fokus memainkan peranan penting dalam menentukan nafsu makan dan kuantiti jumlah makanan yang diambil oleh seseorang itu.
Jadi orang yang makan sambil menghadap skrin komputer cenderung untuk makan dengan lebih banyak dan sentiasa lapar. Bila perkara ini berlaku, jumlah kalori pasti akan bertambah dan kesannya adalah berat badan seseorang itu akan bertambah.
Seeloknya anda perlu makan dahulu sebelum melakukan aktiviti di depan komputer.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.