Nak Bercuti Tapi Kurang Bajet, Ikut Cara Wanita Ini Kumpul Duit

Beberapa bulan lagi tahun 2024 akan berakhir, pastinya ada lagi yang nak bercuti tapi belum tercapai disebabkan kurang bajet.

Biasanya bukan tak ada masa tetapi masalah utama sering timbul adalah mengenai kos perbelanjaan percutian yang tinggi.

Nak Bercuti Tapi Kurang Bajet

Haaa… jangan risau, walaupun berada dalam golongan B40, anda masih boleh merancang perjalanan yang menyeronokkan.

Berikut adalah lima cara untuk mengumpul duit bagi percutian impian anda:

1. Cari kerja tetap

Pekerjaan tetap adalah langkah pertama untuk menjana pendapatan dan kestabilan hidup.

Pilih pekerjaan yang memberi kelonggaran untuk cuti dan tidak membebankan.

Gunakan gaji anda untuk membayar bil dan keperluan asas, manakala selebihnya boleh disimpan untuk percutian.

2. Labur di pelbagai platform pelaburan

Pelaburan adalah cara yang berkesan untuk mengembangkan wang anda, maka carilah platform pelaburan yang rendah risiko dan mudah mendapatkan keuntungan.

Dengan cara ini, anda boleh mendapatkan pulangan yang baik tanpa perlu risau tentang risiko tinggi.

3. Jana pendapatan melalui program affiliate (jadi ejen)

Salah satu cara termudah untuk menjana pendapatan tambahan adalah melalui program affiliate.

Anda boleh mempromosikan produk tertentu dan mendapatkan komisyen setiap kali seseorang membuat pembelian melalui pautan anda.

Ini adalah cara yang fleksibel dan boleh dilakukan secara dalam talian.

4. Cari pendapatan sampingan dengan menjual produk

Menjual produk yang tidak memerlukan modal besar adalah pilihan bijak seperti menjual makanan tambahan atau produk kecantikan.

Pastikan produk tersebut berkualiti agar anda boleh mendapatkan keuntungan dan bonus yang menarik.

5. Berjimat dengan membawa bekal

Satu cara mudah untuk berjimat adalah dengan membawa bekal ke tempat kerja.

Melalui cara ini anda dapat mengurangkan perbelanjaan makan di luar dengan merancang menu harian serta mengehadkan perbelanjaan untuk makan di luar.

Dengan sedikit perancangan dan usaha, anda boleh merealisasikan impian untuk bercuti tanpa perlu bimbang tentang kos yang berlebihan.

Kena Tahu Cara Berbelanja

Tip perjalanan ini dikongsikan seorang TikToker, Amira Abdullah, yang sering bercuti ke luar negara menggunakan syarikat penerbangan Malaysia.

Walaupun kebanyakan tiket yang dibeli diperoleh pada harga murah, Amira menegaskan bahawa kita tetap perlu tahu cara berbelanja dengan bijak semasa dan sebelum melancong.

Ketika dihubungi mStar, wanita itu menekankan bahawa kita masih perlu menabung kerana kos berbelanja semasa perjalanan biasanya agak tinggi.

Semoga tip ini membantu anda merancang percutian luar negara yang mengasyikkan dan selamat bercuti!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply