MIRAGOLD Perluas Empayar, Pencetus Nafsu Sebenar Wanita Kini Tampil Dengan Cawangan Kedua

Kuasa membeli emas terbukti makin mendapat tempat di hati masyarakat. Bukan sekadar hiasan, ianya satu pelaburan yang bermanfaat dan pasti akan memberikan kelebihan dan manfaat dalam jangka masa panjang.

Minat dalam bidang perniagaan membuatkan pasangan suami isteri, Puan Nor Dhamirah binti Daling dan Encik Mohd Zulatika bin Ghani yang masing-masing merupakan graduan lepasan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Ijazah Kejuruteraan Awam memilih menceburi bidang perniagaan emas, MiraGold.

Syarikat yang ditunjangi mereka merupakan 100 peratus milik bumiputera dan mula bertapak pada tahun 2018 di Bandar Baru Uda sebelum beralih ke Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada tahun 2019. Kedai emas Miragold beroperasi setiap hari tanpa cuti, dari pukul 10 pagi hingga 9 malam.

MiraGold juga aktif dalam penjualan dalam talian dan live di sosial media seperti Facebook, Tiktok dan Instagram dan mengambil kesempatan sepenuhnya dari media sosial untuk mempromosikan produk mereka.

Pelbagai jenis rekaan ditawarkan dari kategori evergreen, moden dan juga unik antaranya koleksi rekaan ibu dan anak iaitu set Clover full gold, set Clover enamel, set Evergreen lipan dan set Oro Italia. MiraGold turut menawarkan pembelian barangan perhiasan emas secara dalam talian dengan jaminan keselamatan penghantaran kepada pelanggan.

Bagi melebarkan empayar, MiraGold kini membuka cawangan sulungnya di Lembah Klang iaitu di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kedai Emas ini akan mula beroperasi pada 8 Mac 2024. Sempena pembukaan, 100 pengunjung terawal berpeluang menikmati promosi menarik antaranya cincin emas berharga RM99, rantai tangan berharga RM399 dan juga goodie bag.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply