Sultan Selangor dukacita kegiatan jenayah libatkan GISBH

Sultan Sharafuddin Idris Shah. Kenyataan Sultan Selangor yang dimuat naik menerusi akaun Facebook Selangor Royal Office.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan berita berkaitan siasatan pihak polis terhadap kegiatan jenayah oleh GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaiannya.

Baginda bertitah, semua perbuatan jenayah serius yang dikaitkan dengan GISBH berdasarkan hasil siasatan polis, telah mencemar nama baik dan kesucian agama Islam.

“Pelbagai keterangan telah ditemukan yang menjurus kepada kesalahan-kesalahan jenayah yang disyaki telah dilakukan seperti penderaan terhadap para pelajar, eksploitasi terhadap kanak-kanak, buruh paksa, kesalahan jenayah seksual termasuk liwat dilakukan di beberapa buah rumah amal, termasuk sekolah agama Islam di bawah pengawalan GISBH,” titah baginda dalam kenyataan pada Sabtu.

Baginda bertitah, kesalahan berhubung dengan amalan yang bertentangan dengan akidah agama Islam juga dikesan dan disyaki dilakukan di beberapa premis kumpulan GISBH.

“Menurut laporan yang beta terima, kebanyakan daripada rumah amal di bawah pengawalan GISBH yang terlibat di dalam siasatan, telah lama beroperasi di beberapa buah negeri di negara ini khususnya negeri Selangor tanpa pendaftaran seperti keperluan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” titah baginda.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply