Polis serbu premis GISBH di Melaka

Sebahagian agensi penguat kuasa yang menyertai operasi serbuan itu di Krubong Perdana di sini, pada Sabtu.

MELAKA – Polis membuat serbuan di lebih 15 premis milik rangkaian Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di tiga daerah negeri ini sejak awal pagi Sabtu.

Serbuan bermula jam 7 pagi itu dipercayai telah menahan 24 individu termasuk 19 kanak-kanak di sebuah kediaman disyaki milik salah seorang ahli kumpulan GISBH di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Difahamkan tururt ditahan dua lelaki dan tiga wanita selain polis turut menyerbu rumah amal pertubuhan, restoran, kedai langsir, pasar mini, kedai bakeri selain sebuah kilang memproses kuetiau di kawasan Serkam serta sebuah pejabat pengurusan.

Bagaimanaapun serbuan yang dilakukan telah dikosongkan termasuk dua buah banglo yang dijadikan rumah amal pertubuhan itu di Krubong Perdana.

Operasi diketuai Polis Kontinjen Melaka itu turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Media pada Sabtu melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan beberapa siri serbuan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pusat perniagaan termasuk bangunan Ibu Pejabat GISBH di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Serbuan berkenaan dilakukan sejak awal pagi tadi turut dilakukan di beberapa lokasi di seluruh negara.

Malah Sinar Harian pada 12 September lalu pernah membuat tinjauan di deretan rumah kedai di bawah GISBH Krubong Perdana, di sini, didapati sunyi sepi biarpun beroperasi seperti biasa.

Difahamkan pusat perniagaan yang telah beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu di kawasan itu dan berhampiran jalan raya didapati lengang berbanding sebelum ini selepas berita pemerdagangan dan eksploitasi kanak-kanak oleh GIBSH berjaya dibongkarkan PDRM.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply