Suspek kes tikam pereka dalaman ditahan di ibu negara

Suspek kes tikam pereka dalaman separuh masa di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, di sini, minggu lalu berjaya ditahan pihak berkuasa malam tadi. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suspek kes tikam pereka dalaman separuh masa di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, di sini, minggu lalu berjaya ditahan pihak berkuasa Jumaat malam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar yang memaklumkan suspek ditahan di sekitar ibu negara.

“Tangkapan ada dilakukan malam tadi (Jumaat). Proses reman akan dilaksanakan pagi ini (Sabtu),” katanya ringkas.

Allahyarham Muhammad Sharqawi Abu Bakar berusia 36 tahun meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara minggu lalu.

Difahamkan, Allahyarham sebelum ini tinggal berseorangan di rumah berkenaan yang dibelinya pada tahun lalu.

Terdahulu, Shahrulnizam berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kes berkenaan berpunca daripada pecah rumah sebelum bertukar kepada kejadian samun sehingga menyebabkan kematian.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply