X Bakal Menambah Tab Khusus Untuk Video Tidak Lama Lagi

X atau dahulunya dikenali sebagai Twitter, sedia menyatakan hasrat mereka sebelum ini dalam terus memfokuskan kepada video melalui platform mereka. Untuk tujuan berkenaan juga, X sedia bereksperimen dengan aplikasi khusus untuk televisyen.

Tidak setakat itu, kini X dilihat bakal memperkenalkan sebuah tab khusus untuk video pada platform mereka. Dengan langkah ini, para pengguna boleh mengakses kepada kandungan video dalam platform tersebut, dan menawarkan antaramuka dan pengalaman menatal tanpa henti seperti pada TikTok.

X sendiri juga dikatakan akan memperkenalkan sejumlah kandungan asli video melalui platform mereka menjelang bulan Oktober kelak.

Dengan perkembangan ini, mungkinkah kita akan mula melihat peralihan daripada laman sosial berasaskan teks kepada sebuah laman sosial memfokuskan video?


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply