Harga Langganan YouTube Premium Naik Di Malaysia – Kini Bermula RM20.90 Sebulan Untuk Individu, RM41.90 Sebulan Untuk Keluarga

YouTube kini dilihat meningkatkan harga langganan untuk YouTube Premium di Malaysia. Peningkatan ini dilihat selari dengan peningkatan yang dilakukan oleh YouTube di beberapa buah negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Di Malaysia, kini YouTube Premium pelan individu ditawarkan pada harga RM20.90 sebulan, sementara pelan keluarga pula ditawarkan pada harga RM41.90 sebulan yang membolehkan dikongsikan bersama 5 orang ahli keluarga. Sebelum ini, pelan individu ditawarkan pada harga RM17.90 sebulan, sementara pelan keluarga pula pada harga RM33.90 sebulan.

Pelan pelajar juga memperlihatkan peningkatan harga kepada RM12.90 sebulan berbanding RM10.90 sebulan sebelum ini.

Melalui YouTube Premium, para pengguna boleh menikmati akses kepada video tanpa sebarang pengiklanan, kebolehan muat-turun dan tonton luar talian, memainkan video pada latar ketika menggunakan aplikasi lain, dan juga akses kepada YouTube Music.

Bagi anda yang sedia melanggan YouTube Premium, apakah pendapat anda berkenaan peningkatan harga ini?


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply