The Blanket Resort di Kuala Selangor ini adalah salah satu tempat tenangkan emosi selepas sibuk keluar mencari rezeki.
Bagi orang sekitar Lembah Klang, kalau nak bercuti tetapi tak nak jauh, boleh cuba bawa keluarga tersayang ke sini.
Anak-anak boleh mandi dekat swimming pool dan anda boleh rehat-rehat santai lihat pemandangan hijau yang cantik.
Bagi anda yang suka dengan alam semula jadi, pasti akan teruja datang sini. Nampak tak sekitar resort di sini. Redup mata memandang.
Ini pula sedikit view bilik di sini, memang selesa untuk bawa keluarga. Nak datang dengan kawan-kawan pun sesuai sangat.
Tandas pun cantik, ya!
Nah, view ‘hijau’ untuk anda yang suka dengan alam semula jadi. Cantik tak?
Nanti jangan lupa menginap di sini kalau sesekali bercuti ke Selangor, tak kisah lah yang menetap sekitar sini pun. Boleh bawa anak-anak ‘healing’ cara mudah. Anak main air dan anda boleh curi peluang laga hati dengan pasangan. Barulah, syok!
Lokasi:
The Blanket Resort, Kuala Selangor
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.