Qualcomm Dilaporkan Cuba Membeli Intel

Qualcomm dilaporkan baru-baru ini telah hadir menawarkan diri untuk mengambil-alih Intel. Namun, sebarang transaksi adalah dikatakan mungkin jauh daripada realiti buat masa ini.

Qualcomm seperti ramai sedia maklum, merupakan syarikat pengeluar cip yang mana digunakan oleh majoriti pengeluar peranti mudah-alih hari. DIsamping itu, cip Qualcomm juga menguasakan peranti boleh-pakai, kaca mata pintar, dan baru-baru ini turut diperluaskan untuk meliputi cip komputer riba dan desktop. Qualcomm memfokuskan kepada penawaran cip berasaskan ARM, sementara Intel pula lebih kepada cip berasaskan x86.

Intel sebelum ini sedia merupakan syarikat gergasi cip pemprosesan dengan pegangan pasaran yang besar, namun kebelakangan ini menghadapi cabaran dari segi perniagaan. Kebelakangan ini, Intel telah mula mengurangkan tenaga kerja, mengubah sedikit strategi, malah turut melakukan beberapa perubahan termasuk mengasingkan syarikat faundri mereka. Tidak setakat itu, cip keluaran Intel baru-baru ini turut menghadapi masalah, membuatkan para pengguna lebih berkira-kira dalam mendapatkan cip pemprosesan berkenaan.

Pada hari ini. nilai pasaran syarikat Intel dikatakan adalah sekitar $90 bilion, sementara Qualcomm mempunyai nilai pasaran syarikat sekitar $185 bilion. Disamping penerimaan oleh pemegang saham Intel, pengambil-alihan ini juga agak mencabar, disebabkan oleh pihak berkuasa yang mungkin menghalangnya. Untuk makluman, sebelum ini Broadcom pernah cuba untuk mengambil-alih Qualcomm, namun ia dihalang oleh Amerika Syarikat.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply