Suntikan Kancing Gigi, Penting Untuk Ibu Hamil, Jangan ‘Skip’

Suntikan tetanus atau lebih dikenali sebagai suntikan kancing gigi merupakan salah satu imunisasi yang disarankan untuk diambil oleh wanita hamil. Vaksin tetanus adalah komponen utama strategi untuk membasmi tetanus ibu dan bayi secara global.

Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh racun yang dibawa oleh kuman Clostridium Tetani. Kuman ini akan memasuki tubuh melalui bahagian tubuh luka yang terbuka. Ia boleh merosakkan sistem saraf dan seterusnya membunuh pesakit. Perkara inilah yang boleh dicegah jika anda mendapatkan suntikan vaksin ini.

Suntikan Kancing Gigi

Kredit foto: Freepik

Menurut Dr Zubaidi, pada zaman dahulu, tidak banyak hospital yang dibuka di Malaysia. Kebanyakan hospital yang ada hanya terletak di  bandar-bandar besar. Jadi, penduduk yang tinggal di pedalaman perlu mengambil masa yang lama untuk sampai ke bandar.

Oleh kerana itu, ramai bayi dilahirkan di rumah sendiri dan disambut oleh bidan kampung. Kebanyakan bidan menggunakan gunting dan pisau. Ia dikhuatiri tidak bersih dan mengandungi kuman. Jadi, memang banyak kes jangkitan tetanus berlaku di kalangan bayi dan ibu pada masa dahulu.

Rentetan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merangka satu polisi yang mewajibkan suntikan vaksin tetanus kepada ibu hamil. Hasilnya, polisi ini berjaya mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi yang baru dilahirkan.

Tidak relevan pada zaman kini

Sebenarnya, suntikan vaksin tetanus semakin tidak relevan pada masa kini. Hal ini kerana banyak hospital telah dibina. Boleh dikatakan setiap daerah mempunyai hospital masing-masing. Peralatan yang digunakan di hospital juga bersih dan basmi kuman. Jadi, risiko untuk mendapat tetanus hampir tiada langsung.

Kini, kebanyakan hospital swasta telah meninggalkan amalan suntikan ini. Namun, di klinik dan hospital kerajaan amalan ini masih dilakukan. Berkemungkinan besar ia dilakukan dengan tujuan membendung risiko kepada golongan ibu hamil yang tinggal di pedalaman.

Oleh yang demikian, para ibu hamil mempunyai pilihan sama ada mahu mengambil atau menolak suntikan ini.

Penting Untuk Ibu Hamil, Jangan ‘Skip’

Namun, pada mendapat Dr Zubaidi anda tidak tahu kemungkinan yang boleh berlaku semasa kelahiran bayi. Jadi, lebih baik sekiranya anda mengambil suntikan ini.

Apa itu suntikan tetanus:

1. Dikenali sebagai vaksin kancing gigi. Disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh toxin (racun) dari kuman yang dikenali sebagai clostridium tetani.

2. Kuman tetanus memasuki tubuh melalui luka yang terbuka. Mungkin luka kemalangan, luka ketika melahirkan bayi secara normal dan luka pada faraj (luka episiotomy). Ia akan merosakkan sistem saraf dan seterusnya membunuh pesakit namun ia boleh dicegah melalui suntikan vaksin anti tetanus.

Jangan menolak suntikan antitetanus:

– Antitetanus adalah tetanus toxoid bertujuan melindungi ibu hamil dan anak yang bakal dilahirkan.
– Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantar ke bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Ia juga menghalang kelahiran pramatang.

– Suntikan untuk mencegah ibu hamil dan bayi daripada jangkitan tetanus yang boleh mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut.

– Suntikan itu turut menjadi tidak relevan kerana sudah banyak hospital dibina, peralatan yang digunakan bersih dan dibasmi kuman.

– Bukan itu sahaja kesan daripada suntikan demam dan alergi, menyebabkan ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

– Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya, ia dapat mengurangkan risiko jika ibu hamil tinggal di kawasan pedalaman.

– Ini kerana ibu tidak tahu apa yang akan terjadi kemudian hari. Kemungkinan untuk melahirkan bayi di dalam kereta, lif, dalam bangunan dan sebagainya tidak dapat dielak jika terjadi. Lebih elok ibu menerima suntikan lagipun ia diberi percuma di klinik kerajaan.

Kredit foto: Freepik

Jumlah suntikan akan diterima:

– Jika ini kehamilan pertama ibu, sekurang-kurang dua kali suntikan yang diberikan. Suntikan pertama diberikan pada awal kehamilan dan dos yang kedua diberikan pada selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

– Jika ibu hamil kali kedua dan jarak kehamilan kurang dua tahun daripada kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

Sumber: Dr Zubaidi

 

Comments

Leave a Reply