TM : Masalah Perkhidmatan Internet Disebabkan Kabel Dasar Laut Diatasi

Telekom Malaysia kini berkongsi lanjut berkenaan dengan masalah perkhidmatan internet disebabkan kabel dasar laut. Sejak pukul 6 petang hari ini, 20 September 2024, TM mengatakan telah mula memerhati sambungan internet yang lebih stabil, selain lebih kapasiti disediakan, sekaligus menyasarkan ia mengatasi masalah pengalaman internet yang tidak baik disebabkan masalah kabel ini.

Sebelum ini, kabel dasar laut di Pulau Lantau, Hong Kong dikatakan menghadapi masalah, sekaligus memberikan impak kepada pengalaman pelayaran para pengguna. Buat masa ini, TM mengambil langkah mengalihkan trafik mengikut laluan lain, sekaligus mengatasi masalah rangkaian ini.

TM mengatakan sekiranya para pengguna terus menghadapi sebarang masalah pengalaman internet, boleh menghubungi mereka mengikut sebarang saluran rasmi untuk bantuan serta-merta.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply