Mangsa banjir Kedah terus meningkat

PPS Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar dibuka pada petang Khamis bagi menempatkan mangsa banjir di kawasan sekitar. Foto JKM Kedah

ALOR SETAR – Mangsa yang berpindah ke 42 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di Kedah terus meningkat kepada 6,868 mangsa daripada 2,194 keluarga setakat jam 9 malam pada Jumaat.

Jumlah tersebut meningkat berbanding 6,718 mangsa daripada 2,115 keluarga yang dilaporkan menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada jam 6 petang.

Berdasarkan info yang diberikan, daerah Kota Setar terus mencatatkan peningkatan kepada 3,094 mangsa daripada 1,006 keluarga.

Pada waktu yang sama, sebuah lagi PPS dibuka di daerah tersebut berbanding 12 buah yang sebelum ini menempatkan 2,945 mangsa daripada 967 keluarga.

Daerah Pendang juga mencatatkan peningkatan jumlah mangsa kepada 950 mangsa daripada 266 keluarga di lapan PPS berbanding 933 mangsa daripada 264 keluarga sebelum ini.

Paras air banjir di Kampung Raja dan Kampung Besar dalam Mukim Bagan Samak, Bandar Baharu masih sama setakat petang Jumaat. Foto APM Bandar Baharu

Bagi daerah Kubang Pasu pula menyaksikan jumlah mangsa masih kekal dengan 1,602 orang daripada 562 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS.

Selain itu, daerah Kuala Muda juga kekal kepada 184 mangsa daripada 61 keluarga di tiga PPS daerah itu dan daerah Bandar Baharu pula kekal 128 mangsa daripada 29 keluarga.

Sementara itu, di daerah Pokok Sena menunjukkan penurunan apabila 910 mangsa daripada 270 keluarga berbanding 917 mangsa daripada 273 keluarga di lima PPS

Daerah Bandar Baharu pula menyaksikan 128 mangsa daripada 29 keluarga berada di satu PPS yang masih dibuka setakat ini.

Walau bagaimanapun, di daerah Kulim, dua PPS pula ditutup sepenuhnya selepas banjir mulai surut pada sebelah tengah hari.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply