Anwar tak peduli MoU, mahu tumpu projek rakyat

Anwar berucap pada Himpunan Keadilan yang diadakan untuk memperingati detik bermulanya gerakan reformasi 26 tahun lalu, di Stadium Axiata Arena hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus fokus untuk selesaikan masalah berkaitan harga barang dan kos sara hidup yang dihadapi rakyat menerusi Belanjawan Madani 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak peduli peruntukan dana kepada ahli Parlimen sebalik lebih memikirkan solusi kepada permasalahan rakyat.

“Sebab itu kita fokus, kita mahu ekonomi kita kuat. Sebentar tadi jamuan HSBC 140 tahun di Malaysia dan mereka iktiraf… sejak kita ambil alih kerajaan politik stabil, ekonomi melonjak dan ringgit kukuh.

“Tetapi kita tidak angkuh sebab kita tahu masih ada yang belum selesai, apa dia? Kos sara hidup dan harga barang.

“Sebab itu saya kata belanjawan Madani tahun ini akan cuba sedaya upaya menyelesaikan harga barang dan kos sara hidup,” katanya ketika berucap di Himpunan Keadilan Suara Rakyat, Suara Keramat ‘Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply