Anwar cabar pembangkang bawa usul undi tidak percaya ke Dewan Rakyat

Anwar berucap pada Himpunan Keadilan yang diadakan untuk memperingati detik bermulanya gerakan reformasi 26 tahun lalu, di Stadium Axiata Arena hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat, bulan depan.

Beliau berkata, pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesa beliau untuk ‘turun’ daripada jawatannya.

“Ada 30 orang suruh Anwar turun. Ingat negara dia tak ikut hukum.

“Kalau nak suruh turun, bawa usul undi tidak percaya pada sidang Dewan Rakyat, Oktober ini,” katanya ketika berucap dalam Himpunan Keadilan ‘Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ di Stadium Axiata, Bukit Jalil pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply