Kalau selalu beli sotong biasanya kita buat sambal, sekali sekala tukar selera. Buat sotong singgang macam ni. Memang akan lebih terasa kemanisan sotong dan yang pasti kuahnya cukup sedap dihirup.
Resipi sotong singgang
Bahan-bahan
Sotong secukupnya
2 batang serai diketuk
1/2 biji bawang holland dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci lengkuas
1 inci halia
10 tangkai cili padi diketuk
Asam keping 1/2 keeping
Bahan sayur
Tomato
Putik jagung
Daun ketumbar bersama akar
Daun limau purut
Bahan perasa
Garam
Mushroom seasoning
Cara membuat
1. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan semua bahan kecuali sotong dan sayur.
2. Selepas mendidih masukkan sotong dan bahan sayur. Seterusnya letak bahan perasa secukupnya bersama dan daun dan akar ketumbar.
3. Perasakan dengan bahan perasa secukupnya. Sebaik saja mendidih terus tutup api supaya sotong tak kecut.
Sumber : Yatie Kitchen
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.