Hanya Sebahagian Daripada Gimik, Adira Tiada Niat Untuk Berkahwin
Begitulah jawapan pelakon dan penyanyi, Adira Suhaimi mengenai kejutan kemunculan bekas suaminya, Abang Red yang tiba-tiba sahaja muncul dan memberikan sebentuk cincin kepadanya.
Jelas Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 33, tindakan itu tidak mempunyai makna yang tersendiri, namun hanya gimik semata-mata bagi memeriahkan majlis itu lagi.
“Macam babak cincin diberi ketika acara berlangsung pula, bukan niat untuk main-main tetapi itu adalah sebahagian daripada acara untuk menjayakan majlis.
“Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur sebab abang Red pun memberikan komitmen penuh. Jadi saya sangat menghargai dia yang mahu membantu.
“Sebenarnya bukannya nak beri cincin tu tanda mahu berkahwin, tidak. Tiada niat untuk main-main pun sebaliknya adalah untuk menjayakan, mencantikkan dan menyempurnakan lagi majlis tersebut,” katanya.
Adira berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran cincin terbaharu, Siti Adira Collection melalui Mira Gold di Magica Grand Hall, semalam.
Adira Memperkenalkan “Cincin Siti Adira”
Setelah menerima sambutan hangat, cincin Ami daripada Siti Adira Suhaimi kini kolaborasi sekali lagi bersama Mira Gold dengan memperkenalkan ‘Cincin Siti Adira’.
Menurut pengasasnya, Nor Dhamirah binti Daling, 33 tahun, ini merupakan projek kedua bersama Adira.
“Adira adalah seorang yang mempunyai aura positif. Cara dia bercakap dan melayan orang lain sangat menyenangkan. Bincang tentang perniagaan pun menjadi sangat lancar, jadi kami terbuka untuk terus mengadakan kolaborasi bersama,” ujarnya.
“Kadang-kadang kami terpaksa berjumpa hingga 1-2 pagi untuk membincangkan cincin khas ini, kerana kami ingin menyampaikan betapa istimewanya rekaan Siti Adira kali ini.”
Bagi Adira, walaupun sentiasa sibuk sebagai seorang selebriti, ia tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi pengasas emas hasil kolaborasi bersama.
“Kami sering berbincang tentang rekaan ini sehingga larut malam kerana kami ingin memastikan hasilnya cantik. Kadang-kadang sampai ke subuh,” jelasnya.
BACA JUGA: Kekalkan Tubuh Langsing, Ikuti Tiga Cara ‘Diet Ala Marshanda!’
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.