Terus Harumkan Nama Malaysia, Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Dari PM New Zealand!

Pempengaruh terkenal, Khairul Aming semakin terus mengharumkan nama Malaysia apabila menerima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

Beliau berkongsi khabar gembira itu menerusi media sosial X dan Instagram, sekaligus meluahkan rasa besar hati kerana dapat menghasilkan video masakan di New Zealand lebih lagi hal itu turut dihargai pemimpin tertinggi negara Kiwi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanda Penghargaan Video Percutian Sambil Memasak! Khairul Aming Bertemu Dengan PM New Zealand!

Kredit: Khairul Aming

“Nak share dengan you guys yang kita baru sahaja terima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand di Wellington”

“Doakan agar kami dapat teruskan buat content yang harumkan nama Malaysia di mata dunia,” ujarnya.

Menerusi gambar surat yang dimuat naik, Luxon merakamkan ucapan terima kasih buat Khairul Aming dan menyatakan beliau terinspirasi daripada kerja keras Khairul Aming.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak Perlu Berhutang Untuk Nampak Mewah,” Khairul Aming Selesa Kekalkan Gaya Hidup Sederhana Walaupun Raih Pendapatan Tinggi

Kredit: Khairul Aming

“Alangkah seronoknya bertemu. Terima kasih banyak atas pelajaran memasak dan menganjurkan saya untuk sarapan makanan tempatan semasa lawatan saya ke Malaysia.”

“Ia memberi inspirasi untuk mengetahui kisah anda. Dari permulaan kecil membuat video memasak semasa perintah kawalan pergerakan Covid-19 hingga kepada kejayaan perniagaan anda pada hari ini termasuk sambal yang menerima permintaan tinggi.”

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Kukuhkan Ekonomi Sebelum Kahwin, Khairul Aming Minta Carikan Seorang Calon Isteri?

Kredit: Khairul Aming

“Selepas menonton video yang anda rakam di New Zealand menerusi Instagram, saya sangat gembira mendengar pendapat secara langsung. Industri pelancongan New Zealand sememangnya menghargai usaha anda!”

Luxon juga mengakui kerja keras dan bakat Khairul Aming dan turut berterima kasih kerana pempengaruh yang berusia 32 tahun itu sudi meluangkan masa walaupun sibuk.

Beliau juga turut mengucapkan syabas atas usaha dan pencapaian luar biasa Khairul Aming kerana video sarapan pagi mereka telah mendapat lebih daripada lapan juta tontonan dalam masa beberapa hari di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Jualan Cecah RM3.5 Juta, Khairul Aming Luah Rasa Syukur- ‘Doakan Kita Boleh Tambah Kilang Ketiga…’

Kredit: Khairul Aming

“Saya mendoakan yang terbaik untuk anda dan pasukan anda,” katanya.

Sebelumnya, pada 3 September lalu, Khairul Aming menerima dan menyambut kedatangan Luxon di restoran Hidang KL dan sempat menyediakan hidangan sarapan berupa roti jala air tangannya sendiri dan teh tarik.

Pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu sinonim dengan siri video Ramadan berjudul 30 Hari 30 Resepi saban tahun. Sehingga kini, graduan kejuruteraan mekanikal dari Universiti Vanderbilt di Amerika Syarikat memiliki dua kilang di Kota Bahru.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Buli Siber: Khairul Aming Mohon Ibu Bapa Pantau Kegiatan Anak-Anak

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply