Realme Watch S2 Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM499

Realme telah mengumumkan jam tangan Watch S2 baharu di Malaysia. Ia didatangkan dalam dua pilihan tali iaitu silikon yang berharga RM499. Sementara itu Realme Watch S2 dengan tali keluli  pula ditawarkan pada RM599. Anda yang berminat boleh mendapatkan kedua-duanya melalui pengedar sah Realme Malaysia sama ada secara dalam atau luar talian.

Realme Watch S2 didatangkan dengan skrin bewarna AMOLED yang mudah dibaca sebesar 1.43-inci dan beresolusi 466 X 466 piksel. Ini dipadankan juga dengan lebih 150 pilihan muka jam yang akan ditawarkan secara berperingkat. Dari segi fungsi, ia menawarkan sensor terbina untuk pemantauan kesihatan yang termasuk kadar degupan jantung, oksigen dalam darah, pola tidur sepanjang hari, kesihatan wanita dan aktiviti harian.

Terdapat juga lebih 110 pilihan mod sukan berbeza diberi dengan kemampuan mengesan aktiviti secara automatic. Realme Watch S2 juga kalis air IP68 dan melepasi pelbagai ujian ketahanan. Bateri 380mAh digunakan boleh bertahan sehingga 20 hari dengan sekali pengecasan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply